22 Jun 2011

Oğlu: sedia beri apa jua sokongan sempurnakan pembaikan dalaman Palestin

Laporan jam 06:50 malam, Palestin/Mekah
Jam 05:30 petang, Mesir

ANKARA - Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu(gambar) mengungkapkan negaranya bersedia untuk memberikan apa jua sokongan bagi menyempurnakan baik pulih hubungan dalaman Palestin.

Menukil dari agensi berita Anadhul Turki, belia berkata hari ini di hadapan para wartawan, "kami mengambil berat terhadap baik pulih hubungan sesama Palestin dan Turki akan berusaha keras selagi mampu terhadap usaha ini."

Tambah beliau, "Ankara turut terlibat secara rapat bagi menjamin tercapainya persepakatan sesama *kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin," sedemikian itu, Menteri Luar Turki akan bertemu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada esok hari.

*media lain menyebut kumpulan pemisah Palestin

Berhubung dengan usaha berkenaan, Menteri Luar Turki telah bertemu dengan Ketua Biro Politik gerakan HAMAS, Khaled Meshaal yang mengadakan lawatan mengejut ke Turki hari ini. Pada waktu yang sama, Mahmoud Abbas turut berada di Turki.
____________________________________________
Baca lagi:

Haniyeh: Tunda pertemuan Abbas dan Meshaal sebab teknikal
____________________________________________

Beliau tidak menjelaskan sekiranya kedua-dua pemimpin Palestin akan bertemu di Turki sebagai menggantikan pertemuan yang telah dibatalkan di Mesir untuk membincangkan mengenai pembentukan kerajaan yang disepakati. Sumber 22/06/2011, web berita Safa.ps

Penasihat Netanyahu ke Kaherah bincang isu 'pengintip'

Laporan jam 04:17 petang, Palestin/Mekah
Jam 03:17 petang, Mesir

KAHERAH - Penasihat Perdana Menteri rejim zionis(Israel), Ishak Molkho tiba dengan pesawat khas hari ini di Kaherah, Mesir.

Gambar(Safa): Illan Grapel ketika berada di dataran Tahrir.

Menurut Safa, Molkho dalam lawatan singkat selama beberapa jam di Kaherah telah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Mesir dan membincangkan perkembangan terkini hubungan dua-hala, khususnya mengenai isu tentera zionis, Gilad Shalit yang ditawan di Gaza dan yang lebih terkini adalah mengenai isu intipan di Mesir. Lagi perbincangan menyentuh hal yang masih tergantung seperti usaha damai dan eksport gas Mesir ke Israel.

Lawatan ini adalah yang pertama dari peringkat tertinggi rejim zionis setelahmana terdedahnya kegiatan intipan dari seorang individu, Illan Grapel di Mesir. Disebutkan Illan Grapel berwarganegara Israel, dan ada dikatakan juga Illan berwarganegara Amerika.

Pada 12 Jun yang lalu, media-media Mesir mengumumkan seorang pegawai mossad, Illan Grapel telah diberkas atas tuduhan mengancam keselamatan negara Mesir. Dinyatakan lagi, Illan mengumpulkan maklumat-maklumat sulit malah melakukan provokatif bertujuan mencetuskan rusuhan dan pergaduhan antara muslim dengan nasrani(termasuk qibti). Sumber 22/06/2011, web berita Safa.ps

Gaza Tengah sasaran pengeboman zionis

Laporan jam 01:05 pagi, Palestin/Mekah
Jam 12:05 pagi, Mesir

GAZA - Awal pagi tadi, pesawat tempur zionis mengebom sebuah rumah kosong yang terletak di sebelah timur bandar Der Balah, Gaza Tengah(pertengahan Gaza).

Menurut pemberita Safa sebuah pesawat tempur zionis melepaskan satu serangan peluru misil ke atas rumah tersebut berhampiran kawasan perkuburan Abu Ubaid, sebelah timur bandar Der Balah.

Berhubung serangan zionis, Safa melaporkan tiada sebarang luka parah.

Sedemikian itu, serangan zionis di Gaza Tengah sebaik sahaja diumumkan dua serangan roket yang dilepaskan dari Gaza menuju ke Majlid Daerah Eshkol di barat Naqab(Negev), selatan tanah jajahan 1948. Dua serangan roket itu gugur di sebuah kawasan tanah lapang, lapor Safa melalui web berita 'Yedioth Ahronoth' versi hebrew pada jam 10:22 malam, 21 Jun.

Sehingga laporan ini diterbitkan, tiada lagi kumpulan sayap-sayap tentera di Gaza membuat pengakuan melepaskan serangan roket.
_________________________________________
Baca lagi:

Zionis ceroboh El-Maghazi
_________________________________________


Sebelum ini, sayap-sayap tentera membuat pengumuman bahawa tidak akan melancarkan serangan roket selagimana rejim zionis turut menenangkan diri dengan tidak melakukan serangan atau pencerobohan di Gaza. Namun, laporan yang dikeluarkan Safa pada 20 Jun memaparkan pencerobohan zionis di El-Maghazi. Sumber 22/06/2011, web berita Safa.ps