23 Jun 2011

Penjajah bebaskan 2 nelayan Palestin malam ini

Laporan jam 10:59 malam, Palestin/Mekah
Jam 09:59 malam, Mesir

GAZA - Rejim pihak berkuasa penjajah telah membebaskan dua nelayan Palestin malam ini setelah menculik mereka dari pertengahan laut Rafah, selatan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza).

Berkata pemberita Safa, tentera rejim zionis telah menangkap dua nelayan yang bersaudara, Ismail dan Muhammad Bardawil pada waktu awal pagi Khamis ketika mangsa sedang menjalankan rutin harian menangkap ikan. Sebelum kejadian, tentera laut zionis mengekori bot nelayan itu sejauh 3 batu nautika dari tengah laut sambil melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Safa menjelaskan bahawa tentera zionis membawa kedua-dua beradik ke pelabuhan Ashdod(Ushdud) dan dikenakan siasatan sebelum kedua-duanya dibebaskan malam ini. Bagaimanapun, peralatan menangkap ikan mereka dirampas zionis.

Sebagaimana dijelaskan, Ismail dan Muhammad yang merupakan penduduk di Al-Mawasi, barat bandar Rafah dibebaskan melalui sempadan Bet Hanoun, utara Semenanjung Gaza. Sumber 23/06/2011, web berita Safa.ps

Perbincangan tertutup Abbas dan Gül

Laporan jam 02:40 petang, Palestin/Mekah
Jam 01:40 petang, Mesir

ANKARA - Pertemuan tertutup yang berlangsung antara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dengan rakan sejawatnya, Presiden Turki, Abdullah Gül menyentuh perkembangan terkini mengenai kedudukan rantau Timur Tengah.

Gambar(Safa): Kanan, Abdullah dan kiri, Abbas ketika kedua-dua mengadakan pertemuan hari ini di Turki.

Mahmoud Abbas atau panggilannya Abu Mazen telah berbincang dengan Presiden Turki berhubung usahanya untuk membawa isu Palestin ke PBB pada bulan September akan datang bagi mendapatkan pengiktirafan negara Palestin ketikamana proses usaha damai yang terbantut berikutan kesulitan yang ditimbulkan oleh Israel.

Kedua-dua pihak ini turut membincangkan hubungan dua hala dan jalan pengukuhan dalam ruang lingkup sektor yang pelbagai.

Sesi perbincangan disempurnakan dengan jamuan tengahari yang turut disertai anggota delegasi Palestin, Saeb Areqat, anggota Jawatankuasa Pusat PLO, Azzam Al-Ahmad, anggota Jawatankuasa Pusat FATAH, jurucakap Pemerintah Palestin, Nabil Abu Radinah, Penasihat Diplomatik Presiden, Majdi Al-Khalidi dan Duta Palestin ke Turki, Nabil Ma'ruf.
_______________________________________________
Baca lagi:

Oğlu: sedia beri apa jua sokongan sempurnakan pembaikan dalaman Palestin
Haniyeh: Tunda pertemuan Abbas dan Meshaal sebab teknikal
_______________________________________________

Presiden Abbas tiba di Turki pada hari Selasa setelahmana diumumkan beliau tekad memilih Salam Fayyad mengetuai kerajaan akan datang. Di samping, timbul berita yang kemungkinan meminta Turki menekan HAMAS supaya menerima Fayyad sebagai ketua kerajaan Palestin yang baru. Sumber 23/06/2011, web berita Safa.ps

HAMAS harap 'Palang Merah' tidak terikut rentak helah penjajah

Laporan jam 02:10 petang, Palestin/Mekah
Jam 01:10 petang, Mesir

GAZA - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) harap panitia antarabangsa, Palang Merah tidak terikut rentak-rentak helah yang beralasankan keselamatan Israel bertujuan untuk mendapatkan seorang tentera zionis, Gilad Shalit yang berada dalam tawanan di Gaza.

Menurut sumber Safa, Palang Merah telah meminta kepada HAMAS hari ini agar menunjukkan bukti bahawa Shalit yang berada dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza sejak 5 tahun lalu masih hidup.

Menjawab permintaan, jurucakap gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri dalam kenyataannya kepada Safa berkata, "sebelum ini, HAMAS telah menjawab beberapa inisiatif yang bersangkut-paut dengan isu Shalit, namun rejim penjajah menyambut inisiatif-inisiatif ini dengan meningkatkan lagi tekanan ke atas tahanan-tahanan Palestin di penjara zionis."

Tambah beliau, "kami mengambil iktibar bahawa penyelesaian isu Shalit ini berkait dengan penyelesaian permasalahan tahanan-tahanan Palestin dalam penjara penjajah."

Dalam rayuan yang tidak sebagaimana biasa, Palang Merah mendakwa mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa, keluarga Shalit berhak untuk menghubungi anaknya, 25 yang berada dalam tawanan sejak 25 Jun 2006.
__________________________________________
Baca lagi:

HAMAS nafi terima tawaran baru bebaskan Shalit
__________________________________________

Palang Merah berkata lagi bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Shalit masih hidup. Sedemikian itu, Palang Merah mendesak HAMAS dalam waktu sekarang ini agar buktikan Shalit masih hidup. Sumber 23/06/2011, web berita Safa.ps



Rakaman video di atas diterbitkan pada penghujung tahun 2009 yang menunjukkan Gilad Shalit dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza masih lagi hidup. Rakaman ini sebagai inisiatif untuk menyelesaikan isu tahanan-tawanan.

Sumber: youtube.com

Penjajah: Sekatan Gaza berkait 'hidup atau mati'

Laporan jam 10:49 pagi, Palestin/Mekah
Jam 09:49 pagi, Mesir

WASHINGTON - Duta Israel ke Amerika Syarikat, Micheal Orean(gambar) mempertahankan sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza) sejak 5 tahun yang lalu melihat kepada perkara tersebut sebagai 'permasalahan hidup atau mati'.

Sedemikian itu, pada masa yang sama, armada pembebasan II(Freedom Flotilla II) sedang bersiap-sedia untuk belayar. Sebagaimana yang dijadualkan, armada akan belayar beberapa hari lagi menuju ke perairan Gaza dengan disertai sukarelawan dan aktivis dari 12 buah negara dengan kapal-kapal yang dimiliki secara perkongsian atau satu-satu pihak.

Web berita Israel 'Jerusalem Post' melaporkan bahawa Orean mengungkapkan rasa senang berikutan dakwaannya bahawa Kerajaan Turki tidak benarkan kapal-kapal turut serta simpati bersama Gaza, lebih-lebih lagi NGO Turki 'IHH' menarik diri dari konvoi laut yang membawa bantuan kemanusiaan. Tambah sumber itu lagi, seperti yang dijadualkan, armada ini akan mulakan pelayaran sempena mengingati ulang tahun pelayaran armada yang lalu dalam ruang untuk memecahkan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza.

Sebelum ini, NGO muslim Turki 'IHH'(The Foundation for Human Rights and Freedoms and Humanitarian Relief, web rasmi) telah mengumumkan menarik diri berikutan kapal Mavi Marmara tidak dapat belayar ekoran kerosakan teruk yang dihadapinya sewaktu diserang tentera laut zionis tahun lepas.

Orean berkata lagi, bahawa "sekatan yang dikenakan ke atas Gaza tidak bertentangan dengan undang-undang antarabangsa."

Duta Israel ke Amerika menilai sekatan itu perlu dikenakan bagi menghalang serangan-serangan roket yang mengancam rejim zionis(Israel), dan mengikut fasal-fasal dalam undang-undang laut antarabangsa, maka sewajarnya mesti menghalang mana-mana kapal dari tiba ke perairan laut Gaza mengikut undang-undang sekatan.

Tambah Orean bahawa perlu diperhatikan, serangan tentera-tentera laut Israel ke atas kapal-kapal armada pembebasan telah mengakibatkan kematian 9 aktivis Turki di atas kapal Mavi Marmara. Sumber 23/06/2011, web berita Safa.ps