12 Disember 2011

Ceroboh ke El-Mintar, roket gugur di Naqab

Laporan jam 07:19 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 07:19 malam, waktu Mesir

GAZA - Sepasukan tentera rejim zionis yang disokong jentera perang telah menceroboh perlintasan El-Mintar di bahagian timur lewat petang Isnin, hari ini.

Kata saksi sebagaimana yang dilaporkan sumber berita Palestin, SAFA dan WAFA, sebanyak empat buah jentolak dan dua pengorek besar menceroboh sejauh 400 meter ke dalam zon perindustrian di perlintasan El-Mintar(tidak beroperasi). Jelas saksi, tentera rejim zionis dan jentera-jentera perang itu dilihat keluar dari pengkalan tentera Nahal Oz. Di samping menceroboh, rejim zionis menjalankan operasi meratakan tanah dan pada waktu tertentu, zionis melepaskan tembakan bertubi-tubi.

Tambah SAFA bersendirian menukil dari saksi bahawa tentera rejim zionis memotong kabel elektrik di sekitar perlintasan Karni, lantas mengakibatkan bekalan elektrik di kawasan berkenaan terputus secara keseluruhannya. Malah, rejim zionis melepaskan dua das tembakan peluru meriam.

Tiada penduduk Palestin yang cedera dalam dua kejadian tembakan ini.

SAFA menukil dari saksi-saksi, kawasan tersebut adalah kawasan yang diceroboh oleh rejim zionis pada minggu yang lalu dan bermulanya serangan dan tentangan sengit selama beberapa hari di Semenanjung Gaza. Pada waktu itu, dua serangan udara dilancarkan, salah satunya, pesawat rejim zionis membunuh seorang pejuang BRIGADE AL-QUDS(SARAYA AL-QUDS), sayap tentera JIHAD ISLAMI dan mencederakan lima lagi pejuang. Kemudian, diikuti beberapa lagi serangan menyasarkan sasaran-sasaran di Semenanjung Gaza yang hidup dalam sekatan.

Baca lagi:
> Syahid, 5 cedera dalam dua serangan zionis
> 2 pejuang syahid, 2 penduduk cedera


YNET lapor roket gugur

Dari sudut lain, sebuah web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew melaporkan bahawa satu serangan roket gugur di sekitar kawasan penempatan zionis Shar'ar Hanegev, barat Naqab(tanah jajahan 1948).

Jelas YNET, roket terbabit tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda. Berikutan itu, satu pasukan polis dikejarkan ke lokasi tempat gugurnya roket.

Sehingga kini, tiada mana-mana sayap pejuang Palestin mengakui melancarkan serangan roket. Sumber 12/12/2011, web berita Safa.ps dan Wafa.ps

Lagi 40 buah unit perumahan baru akan dibina berdekatan Baitlahm

Laporan jam 06:50 pagi, waktu Palestin(BaitulMaqdis)

BAITULMAQDIS - Agensi Keselamatan Israel(penjajah/rejim zionis) telah bersetuju meluluskan pembinaan unit perumahan baru Israel dan ladang pertanian berdekatan penempatan Efrat, wilayah Baitlahm(Bethlehem:بيت لحم), selatan Tebing Barat.

Akhbar berita Israel 'HAARETZ' versi hebrew menyebut hari ini, bahawa perumahan berkenaan akan menambahkan lagi sektor pembinaan serta membentuk penempatan yang bersambung ke dalam kelompok perumahan Israel 'Etsyon'.

Demikian dari rancangan, sebanyak 40 buah unit perumahan(kediaman) baru akan dibangunkan berhampiran dengan kawasan Mukhayyam Al-Dehishah(الدهبشة) dan Kampung Al-Khidhr(الخضر).
Kata HAARETZ, seiring penyempurnaan binaan yang terancang, perumahan baru ini akan bersambung dengan penempatan Yahudi yang terletak di sebelah utara Etsyon dengan penjuru Baitlahm di bahagian selatan.

Sebagaimana dijelaskan, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak yang meluluskan rancangan pembinaan perumahan baru dinamakan Jaf'at Hedagan(جغعات هداغان). Ehud juga telah mengeluarkan kelulusan pembinaan minggu ini, sementara itu, Badan Tentera bersetuju dengan pembinaan rancangan pertanian yang dinamakan Jaf'at Etam(جفعات ايتام).

Peace Now minta kaji semula

Berhubung perumahan baru, badan bukan kerajaan(NGO) Peace Now(السلام الآن) Israel yang anti-penempatan berkata, projek pembinaan mesti dikaji semula sambil menyifatkan niat Israel yang jelas menggabungkan kelompok penempatan Etsyon dalam mana-mana persetujuan dengan palestin pada masa akan datang.

Gambar: logo sebuah NGO Israel, Peace Now


Salah seorang dari anggota Peace Now Israel, Hagit Ofran, berkata, pembinaan di Efrat merupakan dalam kedudukan yang sensitif khususnya ia terletak di sebatang jalan yang menghala ke Baitlahm, sekaligus bermakna, apabila Israel mahu menggabungkan Efart, maka ia akan terpisah dari Baitlahm di bahagian selatan. Sumber 12/12/2011, web berita Safa.ps dan web berita AL-JAZEERAH