07 Mei 2012

Empat lagi tahanan mogok lapar diasingkan dalam penjara Jalama


Laporan jam 03.52 petang, waktu BaitulMaqdis
jam 02.52 petang, waktu Mesir

JENIN - Jabatan Penjara Israel(Israel Prison Service) telah mengasingkan empat lagi tahanan mogok lapar yang meringkuk dalam penjara Jalama. Keempat-empat tahanan ini merupakan penggerak jawatankuasa mogok dipindahkan ke sel kurungan berasingan(seorang diri) sebagai tindakan hukuman.

Menukil keterangan media peguam bela, Hanan Al-Khatib sebaik sahaja dibenarkan melawat anak guamnya, kata beliau,  keempat-empat tahanan yang mogok lapar, Mu'tasim Samara dari gerakan HAMAS, Bassam Abu 'Akr dari gerakan JIHAD ISLAMI, Yaaser Mush'atiy dari GERAKAN PERTAHANAN RAKYAT, dan Ahmad Abu Khidr dari gerakan FATAH.

Beliau menyatakan, Jabatan Penjara telah memberikan manisan(kuih-muih arab yang disaluti manisan) dan buah-buahan kepada para tahanan yang mogok lapar supaya dapat membawa mereka ke poliklinik dan bertujuan untuk membuatkan mereka menghentikan mogok, namun, para tahanan terbabit enggan menerima pemberian tersebut. Kini, keempat-empat mereka menghadapi krisis kesihatan yang amat meruncing.

Beliau menegaskan, para tahanan nekad meneruskan mogok lapar sehinggalah ditunaikan semua tuntutan gerakan tahanan terutama tahanan yang diasingkan(tahanan seorang diri).

Berhubung mogok lapar, sebuah media Israel, 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) dalam laporannya menyebut bahawa mogok lapar yang dilakukan oleh para tahanan Palestin secara berterusan hingga ke hari dua puluh satu berturut-turut boleh mengakibatkan salah seorang dari mereka maut dan hal ini akan membuatkan rantau ini menjadi tegang. Sumber 07/05/2012, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan