07 Mei 2012

Bahan bakar Qatar tunggu keputusan Mesir bawa ke Gaza

Laporan jam 05:59 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 04:59 petang, waktu Mesir

Peta: Kedudukan Terusan Suez dan Semenanjung Gaza
GAZA - Kementerian Luar Palestin di Semenanjung Gaza menyatakan bahan bakar yang berada dalam muatan kapal Qatar untuk dihantar ke Gaza masih berada di pelabuhan Suez sejak sepuluh hari yang lalu. Demikian itu, proses menanti keputusan dari pihak berkuasa Mesir untuk memulakan operasi perpindahan ke terminal Karem Abu Salem yang terletak di perlintasan(sempadan) tanah Semenanjung Gaza dengan tanah jajahan 1948.

Laluan Terusan Suez
Dalam kenyataan rasmi hari ini, Kementerian Luar menyebutkan bahawa sepanjang menghubungi pihak-pihak berautoriti, segala proses telah disusun atur bagi membawa bahan bakar ke Semenanjung Gaza.

Kementerian Luar Palestin mengungkapkan harapannya agar pihak berkuasa Mesir mempercepatkan taklimat untuk menggerakkan operasi perpindaha(pengangkutan) bahan bakar memandangkan sekiranya lambat tiba, krisis bekalan elektrik di Semenanjung Gaza akan terjejas lebih teruk.

Jelas lagi, kedudukan bekalan elektrik di Semenanjung Gaza telah beralih kepada peringkat yang bahaya dan kesan sebaliknya menyebabkan penduduk Palestin di Gaza bertambah sengsara, khususnya kata Kementerian Luar, Gaza pada waktu ini berhadapan dengan musim peperiksaan yang melibatkan lebih setengah juta pelajar.

Kaitan berita:

Negara Qatar telah menyumbang 25 ribu tan bahan bakar yang dibawa dengan sebuah kapal untuk memulihkan Semenanjung Gaza yang dihuni krisis bahan api sejak tiga bulan yang lalu. Berikutan itu, krisis ini telah mengakibatkan semua kawasan-kawasan di Semenanjung Gaza terputus bekalan elektrik dan menjejaskan keseluruhan prasarana hidup. Sumber 07/05/2012, web berita Safa.ps dan Paltimes.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan