Paparan gambar sekitar BaitulMaqdis ini diperolehi daripada sister Mahnoor. Walaupun isu lawatan ke BaitulMaqdis menjadi babak perselisihan pendapat dari kalangan ulama, sama ada mengharuskan ataupun tidak membenarkan lawatan selagi berada bawah jajahan Israel, isu penindasan di BaitulMaqdis tetap menjadi perhatian dan sesekali tidak akan dilupakan sehinggalah tibanya waktu pembebasan Al-Aqsa dan BaitulMaqdis. Kami(komuniti Mini-Pavilion, 'From Palestine With Love') mengucapkan jutaan terima kasih kepada sister Mahnoor yang menyumbang beberapa keping foto buat tatapan pengunjung blog ini.
| Batu yang terpancar air selepas diketuk oleh Nabi Musa A.S menggunakan tongkat baginda bagi mengubat dahaga kaum baginda pada waktu itu. |
| Laluan ke Tembok Al-Buraq |
| Musolla bawah Masjid Al-Aqsa |
| Bahagian bawah Qubbah As-Sakhrah |
| Bahagian dalam Qubbah As-Sakhrah |
| Sebuah dari penempatan haram Israel yang tersergam indah di atas sebuah tanah yang dirampas |
| Perkarangan Qubbah As-Sakhrah |
| Seorang kanak-kanak Palestin |
| Warga haram Israel di kawasan berhampiran Tembok Al-Buraq |
| Sekolah di sekitar Masjid Al-Aqsa |
| Sisa kelongsong bom-bom dan peluru yang menyasarkan penduduk Palestin |
| Bahagian dalam Masjid Al-Aqsa |
| Al-Aqsa pada waktu malam |
| Pemandangan dari hadapan Tembok Al-Buraq. Israel mendakwanya ia adalah tembok ratapan |
| Wanita Palestin diajar cara mematahkan provokasi Israel |
| Selamat datang ke BaitulMaqdis |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan