08 Mei 2012

HAMAS gesa minta sokongan ketenteraan kepada penduduk Palestin

Laporan jam 01:34 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 12:34 petang, waktu Mesir

Sami Abu Zuhri
GAZA - Gerakan HAMAS menggesa umat Islam dan bangsa Arab agar menyumbang dari segala bentuk mekanisme termasuklah sokongan ketenteraan sebagai tindak balas sokongan ketenteraan yang diberikan oleh Amerika Syarikat kepada rejim zionis(Israel).

Jurucakap HAMAS, Sami Abu Zuhri dalam salinan kenyataan rasmi beliau hari ini yang disampaikan kepada agensi berita SAFA berkata, "bantuan kewangan dan ketenteraan yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat baru-baru ini yang berjumlah USD 1 bilion menjadi perkara yang dibolehkan Amerika malahan ia merangsang serangan-serangan ke atas penduduk Palestin, jelas lagi, ini adalah sokongan mutlak(sebelah pihak) Amerika kepada Israel berbanding ke atas kepentingan-kepentingan Palestin dan Arab."

Iron Dome
Gerakan HAMAS menilai bahawa tindak balas dari jenayah seumpama ini mestilah dengan cara yang sama iaitu membuka lagi seluas-luas ruang bantuan dan sokongan Arab kepada penduduk Palestin, sama ada peringkat rasmi mahupun masyarakat dengan turut memberikan sokongan ketenteraan.

Berhubung kenyataan jurucakap HAMAS, pada petang semalam(Isnin), Kongres Amerika Syarikat(United States Congress) telah meluluskan bantuan kewangan berjumlah USD 1 bilion kepada kerajaan rejim zionis bagi meningkatkan kemampuan sistem penangkis roket(Iron Dome) yang digunakan untuk menangkis serangan roket jarak dekat. 

Memetik dari web berita Israel 'وللا', seorang anggota Kongres Amerika Syarikat, Steve Rothman berkata, "Kongres Amerika Syarikat telah pun meluluskan bantuan kewangan berjumlah USD 947 juta kepada Israel untuk mengembangkan peningkatan sistem penangkis roket." 
Kenyataan Steve. Rujuk di sini
Steve Rothman
Jelas Steve, Amerika Syarikat melihat bahawa sistem penangkis roket ini merupakan perantaraan yang berjaya bagi melindungi warga Israel daripada serangan-serangan roket yang dilancarkan anggota pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza. 

Pada April tahun ini juga, Amerika Syarikat telah menyalurkan bantuan kewangan kepada rejim zionis bernilai USD680 juta bertujuan mengembangkan taraf sistem penangkis roket(Iron Dome). Sumber 08/05/2012, web berita Safa.ps

Iron Dome (sistem penangkis roket : القبة الحديدية)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan