Laporan jam 10:56 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 09:56 malam, waktu Mesir
DOHA - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah bertemu dengan Amir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani di ibunegara Qatar, Doha malam ini.
![]() |
| Arkib SAFA: Kanan, Amir Qatar dan kiri, Abu Mazen |
Pertemuan yang berlangsung di pejabat Amir Qatar di hotel Sheraton membincangkan hubungan dua hala antara negara dan baik pulih dalaman Palestin(perdamaian Palestin). Tambahan lagi, perbincangan berkenaan menyentuh proses perdamaian di sebalik berbalas surat antara Abbas dengan Perdana Menteri Penjajah(Israel), Benjamin Netanyahu.
Turut hadir bersama Abbas, anggota Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhaan Pembebasan Palestin(PLO), Saeb Arekat, jurucakap rasmi Majlis Presiden, Nabil Abu Rudeinah, Basel Aql dan duta Palestin ke Qatar, Moneer Ghanam.
Seperti yang dilaporkan Mahmoud Abbas tiba di Qatar selepas mengadakan kunjungan ke Kaherah, demikian itu, kunjungan beliau ke Doha tertakluk dalam rangka lawatan serantau.
Abbas bertemu Tantawi
Semasa lawatan Abbas ke Kaherah hari ini, beliau telah bertemu dengan Panglima Majlis Angkatan Tentera Mesir, Mohamed Hussein Tantawi.
![]() |
| Arkib SHOROUK: kanan, Abbas dan kiri, Tantawi |
Pertemuan antara dua pihak membincangkan jalan sokongan Mesir terhadap permasalahan Palestin, serta perlunya sentiasa mengadakan dialog sesama kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(media lain menyebut kumpulan pemisah Palestin) dan tindakan bagi meleraikan persengketaan dalaman Palestin.
Berhubung jangka masa panjang konflik Palestin-Israel, kedua-dua pihak membincangkan kerahan usaha dan tindakan selanjutnya bagi menghidupkan proses damai khususnya di peringkat serantau dan antarabangsa, tambahan pula, ketikamana rantau Timur Tengah diselubungi suasana tidak stabil.
Abu Mazen(Mahmoud Abbas) menegaskan bahawa ikatan hubungan Palestin-Mesir dan peranan utama Mesir yang dimainkan ini agar tercapai baik pulih dalaman Palestin malah ianya(peranan) amat penting bagi menyatukan barisan dalaman Palestin.
Abu Mazen turut melahirkan terima kasih kepada Mesir yang sentiasa memberi sokongan terhadap permasalahan Palestin sambil mengharap Mesir dapat melangkah lepasi keadaan yang sedang berlaku dan mengembalikan peranannya di peringkat negara Arab dan serantau di Timur Tengah.
Semasa pertemuan Abu Mazen dengan Panglima Mesir, turut serta hadir, Jeneral Sami Hafez Anan selaku Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir dan merupakan Timbalan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir, juga hadir Jeneral Murad Mawafi, Ketua Badan Perisikan Am Mesir serta Menteri Luar Mesir, Mohammad Kamel Amru, dan beberapa anggota Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir serta Duta Palestin ke Kaherah.
Mawafi ke Qatar
Pada waktu yang sama, Jeneral Murad Mawafi turut beredar ke Qatar pada petang Sabtu(19/05/2012) selama beberapa hari. Lawatan kali pertama beliau untuk bertemu beberapa wakil Qatar.
Sebagaimana yang dijadualkan, perbincangan Mawafi di Qatar menyentuh perkembangan terkini serantau khususnya krisis Syria dan perkembangan di tanah Palestin, di samping membincangkan hubungan masa depan Mesir-Qatar. Sumber 19/05/2012, web berita Safa.ps[Palestin] dan web berita Shorouknews.com[Mesir]


Tiada ulasan:
Catat Ulasan