Laporan jam 12:27 pagi, waktu BaitulMaqdis
'memang aib pemimpin
kami sambut pembunuh'
RAMALLAH - Pertemuan antara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dengan Timbalan Perdana Menteri Israel, Shaul Mofaz yang dijadualkan berlangsung pada hari esok, Ahad telah ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak, demikian menurut sumber Palestin.
Jelas sumber berkenaan, penangguhan ini ekoran desakan penduduk Palestin yang membantah pertemuan antara dua pihak sewaktu ianya diumumkan pertemuan berkenaan akan diadakan di bandar Ramallah, Tebing Barat.
Sumber-sumber tertentu tidak mendedahkan sama ada pertemuan ini memang dibatalkan atau ditangguhkan pada hari lain, sementara itu, sumber yang lain menurut SAFA, boleh jadi, pertemuan ini diadakan pada waktu yang lain dan di tempat lain selain dari Ramallah, iaitu seperti di BaitulMaqdis atau luar tanah Palestin.
Bantahan terima lawatan Mofaz
Pada hari Khamis yang lalu, golongan aktivis muda mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan pejabat pendakwa raya Palestin di Ramallah menuntut untuk membicarkan Shaul Mofaz daripada menerima lawatan Mofaz. Para demonstran memegang banting-banting dan poster mengecam pertemuan yang bakal berlangsung, antara yang tertera, 'memang aib pemimpin kami sambut pembunuh'. Mereka turut mendesak agar menghormati darah para syuhadak.
Para demonstran menyerahkan memo bantahan kepada pendakwa raya, Ahmad Al-Mughni yang menggesa supaya meneliti rang undang-undang yang membolehkan Mofaz ditangkap serta dikeluarkan waran tangkap dengan mengungkapkan bahawa Mofaz merupakan wakil Israel yang terjebak dalam beberapa siri penyembelihan penduduk Palestin.
Sedemikian itu, perkumpulan 'Demi Maruah Palestin' mengajak penduduk-penduduk Palestin turut serta dalam perarakan rakyat pada hari ini bagi membantah pertemuan Abbas dan Mofaz.
"Perarakan ini bagi menyatakan bantahan keras kami yang tidak setuju pertemuan dengan bekas Menteri Perang(Pertahanan) Israel, iaitu Mofaz merupakan pembunuh dan dia sekarang adalah Timbalan Perdana Menteri Israel," petikan dari kenyataan perkumpulan berkenaan. Sumber 30/06/2012, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:
Catat Ulasan