Laporan jam 02:37 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 01:37 petang, waktu Kaherah
SEMENANJUNG GAZA - Panitia Tertinggi Perkhemahan Musim Panas 'سنحيا كراماً' di Khan Younis dengan kerjasama Badan Pembangunan Kemanusiaan dan Politik telah membuka ruang penyertaan program perkhemahan ini khusus kepada para banduan di penjara pusat yang terletak di sebelah barat Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.
Pengerusi program, Abdul Rauf Abdul Ghafour menyatakan, program perkhemahan bertujuan untuk mengetuk nilai moral dan akhlak kepada banduan kelas pertama serta memupuk kesedaran kepada mereka, juga memberi nilai pendidikan dan mengubah suasana penjara, tambahan pula untuk menyampaikan mesej tarbiyyah(didikan) dari agenda program.
Sementara itu, Ketua Panitia Tertinggi Perkhemahan Musim Panas di Khan Younis, Ismail Al-Astal menegaskan bahawa program seumpama ini yang dilangsungkan kepada para banduan adalah tertakluk dalam konteks sikap gerakan HAMAS yang merasai tanggungjawab terhadap kesemua lapisan peringkat dalam masyarakat Palestin. Jelas beliau, HAMAS tidak akan melupakan golongan yang tersisih ini dan panitia berusaha menunjukkan jalan mengubah perangai banduan serta mendidik mereka melalui mesej-mesej tarbiyyah dan keimanan, di samping bentuk-bentuk modul yang lain.
Tambah Ismail, "program ini juga untuk mewujudkan suasana baru kepada para banduan bagi merawat kesilapan yang dilakukan sendiri, bagaimanapun dalam kes jenayah para banduan boleh merawat dirinya sehingga menjadi insan yang baik dan memberi manfaat kepada masyarakatnya."
Program Perkhemahan Musim Panas khusus kepada banduan yang diadakan di Khan Younis ini adalah yang pertama di Semenanjung Gaza menyasarkan banduan kelas pertama. Sumber 30/06/2012, web berita Safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan