Laporan jam 04:19 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 03:19 pagi, waktu Kaherah(Mesir)
Dua kali mengebom lokasi yang sama
GAZA - Pesawat tempur dari Angkatan Tentera Udara Israel(zionis/penjajah) telah melancarkan dua serangan pada awal pagi Isnin, 02/07/2012 di bandar Gaza.
Menurut penyampai berita agensi SAFA(صفا), serangan pertama, pesawat tempur zionis menyasarkan sekumpulan pejuang Palestin yang berada di sekitar lokasi tentera 'Abu Jarad' milik KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) yang terletak di sebelah selatan Hayyu Al-Zaitun.
Serangan kedua pula tidak lama selepas yang pertama, pesawat tempur zionis mengebom sekali lagi lokasi yang sama.
Jelas SAFA, pesawat tempur zionis mengebom secara mengejut bahkan tidak ada sebarang serangan roket ke bandar-bandar Israel(tanah jajahan 1948) beberapa jam sebelum dari serangan ini.
Laporan yang diterbitkan oleh SAFA tanpa diumumkan sebarang kecederaan dari pihak perubatan. Sumber 02/07/2012, web berita Safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan