Laporan jam 03:46 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 02:46 petang, waktu Kaherah(Mesir)
11 tahanan Palestin mogok lapar dalam penjara Palestin
KHALIL - Lima lagi tahanan yang meringkuk dalam penjara perisikan Al-Khalil di Tebing Barat mula mengadakan mogok lapar menuntut pembebasan dari penjara-penjara Pemerintah Palestin, demikian menurut kenyataan rasmi gerakan HAMAS.
Sumber-sumber yang dipercayai di bandar berkenaan mengesahkan bahawa lima tahanan baru yang mula mogok, Taha Muhammad Shaladah, Muhammad Atif Khalil Shaladah, dan Ra'fat Yusof Za'l Shaladah. Ketiga-tiga mereka berasal dari daerah Sa'ier dan seorang dari daerah Dura, Dharar Ahmad Amru serta Nidhal Mahmud Ashmar Al-Natshah dari bandar Khalil.
Seperti yang dinyatakan, hasil perbicaraan dari mahkamah Palestin telah membebaskan kelima-lima yang meringkuk dalam tahanan serta dikenakan bayaran denda, namun mereka semua masih meringkuk dalam penjara yang telah melebihi setahun tanpa dilepaskan keluar.
Sementara itu, enam tahanan yang lain dari gerakan HAMAS masih terus menjalankan mogok lapar sejak 20 Jun 2012. Demikian itu, sebagai desakan untuk dibebaskan dari penjara-penjara Pemerintah Palestin.
Keenam-enam tahanan, Osman Al-Qawasimi, Muhammad Abu Hadid, Mu'tasim Al-Natshah, Muhammad Al-Athrash, dan Anas Abu Markhiah yang berasal dari Khalil dan yang keenam, Islam Al-Aruri dari bandar Ramallah. Sumber 02/07/2012, web berita Safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan