![]() |
| Majlis Shura Mesir |
KAHERAH, 03 Julai - Majlis Shura Mesir(Shura Council) telah berbincang dengan delegasi Kementerian Luar Palestin mengenai kedudukan terkini usaha baik pulih dalaman Palestin(perpaduan) antara gerakan HAMAS dan FATAH serta tindakan Mesir bagi melepaskan Semenanjung Gaza dari sekatan Israel.
Demikian itu dalam laporan agensi PALTIMES semalam, 02/07/2012, semasa pertemuan, Speaker Majlis Shura, Ahmad Fahmi berkata kepada wakil Kementerian Luar Palestin, Khalil Abu Lailah bahawa negaranya menyokong penuh isu permasalahan Palestin malah Palestin berhak menubuhkan sebuah negara merdeka dengan menjadikan BaitulMaqdis(Al-Quds) ibunegaranya.
Speaker Shura Mesir mengharapkan hubungan Mesir - Palestin terjalin lebih baik sebagaimana yang sedia ada, berikutan itu, permasalahan Palestin yang terungkap dalam sanubari rakyat Mesir adalah permasalahan utama umat Islam.
Kata Speaker, ucapan Presiden Muhamad Morsi di Universiti Kaherah berhubung perpaduan Palestin(hubungan dalaman Palestin) adalah kesan dari sikap turun-temurun dalam masyarakat Mesir. Jelas lagi, Mesir tidak akan berganjak dari peranannya yang bersifat kepimpinan bagi melindungi Palestin dan membantu agar harapan dan impian mereka dicapai.
Dari sudut lain, Abu Lailah mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir ekoran kemenangan Dr. Morsi dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden sambil mengharapkan petunjuk(taufik) memimpin beliau mencapai perpaduan tanahair merangkumi semua lapisan masyarakat Mesir sehinggalah dapat mengembalikan kedudukan Mesir di mata negara Arab dan umat Islam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan