Laporan jam 07:54 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 06:54 pagi, waktu Kaherah(Mesir)
GAZA - Tiga penduduk Palestin cedera ekoran dua bedilan peluru meriam yang dilepaskan tentera zionis ketika menceroboh Hayyu Al-Shuja'ieyah jatuh ke atas sebuah kenderaan pada pagi Khamis, 12/07/2012.
Ketua Hubungan Luar Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudrah berkata, salah seorang mangsa kritikal, sementara status kecederaan yang dialami dua mangsa lagi disifatkan pertengahan.
Kata penyampai berita SAFA, peluru meriam zionis jatuh betul-betul mengenai kenderaan yang membawa sebilangan penumpang di jalan Al-Nezzar di Hayyu Al-Shuja'ieyah, sebelah timur bandar Gaza, lantas mengakibatkan kenderaan itu terbakar.
Laporan awal yang disebutkan oleh agensi PALTIMES, pasukan penyelamat tidak dapat tiba lebih awal ke kenderaan yang sedang dijamah api berikutan tentera zionis melepaskan bertubi-tubi tembakan di kawasan berkenaan.
Menurut sumber lagi, jentera perang zionis menceroboh di timur Hayyu Al-Shuja'ieyah sambil menghujani tembakan. Disusuli selepas tembakan, kereta kebal zionis pula melepaskan peluru meriamnya ke kawasan-kawasan tanah lapang di timur zon perindustrian malah operasi pencerobohan turut diiringi helikopter perang dan pesawat pengintip yang meninjau dari ruang udara. Sumber 12/07/2012, web berita Safa.ps dan Paltimes.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan