Laporan jam 10:00 pagi, waktu Kaherah(Mesir)
GAZA - Pesawat tempur zionis telah mengebom sebuah pengkalan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) yang terletak berdekatan sekolah Tunis, timur Hayyu Al-Zaitun, bandar Gaza.
Serangan ini mengakibatkan letupan yang amat kuat malah didengari dari seluruh pelusuk timur bandar Gaza.
Berhubung kejadian, Ketua Hubungan Luar Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudrah berkata, seorang penduduk, Mahmoud Muhammad Al-Haiqa, 23 telah syahid dan sebilangan yang lain cedera dalam pengeboman pesawat zionis ke atas sebuah pengkalan tentera pejuang Palestin. Kesemua mangsa serangan telah dibawa ke hospital As-Shifa'.
Kaitan berita:
Dari sudut lain, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM mengumumkan as-syahid Mahmoud Al-Haiqa salah seorang anggota pejuangnya di Hayyu Al-Zaitun.
Serangan ini selepas dari beberapa jam kejadian ceroboh dan bedilan meriam pada pagi tadi di timur Hayyu Al-Shuja'ieyah yang mengakibatkan seorang kritikal, manakala dua lagi cedera. Sumber 12/07/2012, web berita Paltimes.net dan Safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan