RAFAH, 12 Julai - "Kami diberitahu jika masih tunggu takkan ada faedah," ujar seorang penduduk Palestin sewaktu menanti giliran daftar keluar di terminal Rafah Gaza.
![]() |
| Mini-Pavilion "From Palestine With Love" (MAP) |
Menurut penyelaras media MAP - Mini Pavilion - di Semenanjung Gaza, terminal Rafah hari ini kembali sesak dan dilimpahi penduduk Palestin yang mahu keluar(musafir) ke Mesir melalui terminal Rafah Mesir, namun pengurusan di terminal sebelah Mesir tersangat sukar.
Jelas lagi, ramai dikalangan penduduk Palestin yang dijadualkan keluar hari ini tidak dapat berbuat demikian. Tambahan pula, senarai daftar yang sepatutnya telah keluar semalam dari Semenanjung Gaza masih tertangguh sehingga hari ini.
Sebagaimana dijelaskan pihak Palestin di terminal sempadan Rafah Gaza, pihak berkuasa Mesir tidak membenarkan beberapa buah bas yang membawa penduduk Palestin menuju ke terminal Rafah Mesir. Demikian itu, bas-bas berkenaan terpaksa berpatah semula ke terminal Rafah Gaza.
Berhubung situasi semalam dan hari ini, penyelaras media MAP mengungkapkan pasti berlaku rombakan nama pendaftaran dan ianya akan berlaku penukaran dalam sistem pendaftaran keluar bukan pada hari ini sahaja, bahkan pada hari Sabtu akan datang urusan keluar juga pasti sukar.
Katanya, sangat sedih apabila melihat pesakit-pesakit dan golongan berusia tidak dapat melintasi keluar menuju ke terminal Rafah Mesir, tambahan pula para pesakit perlukan rawatan segera di Mesir.
"Semoga Allah Ta'ala lepaskan kami dari kesukaran ini," katanya dengan penuh pasrah. - MAP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan