GAZA, 01 Ogos - Gabungan kerjasama Persatuan Nur EL-Ma'rifah dengan Masjid Hassan Al-Banna serta Masjid Muaz Bin Jabal telah menyediakan jamuan berbuka puasa beramai-ramai semalam, 31/07/2012 di Wilayah Al-Jadid, Nuseirat, Gaza Tengah, Semenanjung Gaza.
Seramai 1000 orang penduduk hadir ke program berbuka puasa ini, lapor agensi berita SAFA.
Pengerusi Persatuan Nur El-Ma'rifah, Muhammad Abdul Wahid berkata, "aktiviti yang dijalankan ini adalah sebahagian daripada gerak kerja amal selain dari menyediakan bantuan kewangan dan makanan kepada kanak-kanak Palestin."
Beliau menyatakan, program-program lain yang dirancang untuk penduduk Palestin di Gaza Tengah, persatuan telah merancang untuk menyampaikan bungkusan makanan kepada lebih 200 keluarga di Nuseirat yang memerlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan