28 Oktober 2012

Empat Grad gugur di selatan tanah jajahan 1948

Iron Dome gagal menangkis roket grad

GAZA - Siaran radio Israel menghebahkan bahawa 4 roket jenis grad telah gugur pagi ini di bandar Biʾr as-Sabʿ (Beersheba/ بئر السبع), selatan tanah jajahan 1948 tanpa membabitkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda.

Berikutan serangan roket, Majlis Perbandaran Biʾr as-Sabʿ memutuskan bagi menangguhkan sesi pengajian di sekolah-sekolah bandar ini.

Radio Israel menyatakan pada malam semalam, dua serangan roket gugur di Majlis Penempatan Eshkol. 

ALWIYAH lancar 'grad'

Berhubung serangan ke penempatan zionis (Israel/penjajah), pejuang dari kumpulan ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN (sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH AS-SAHA'BIAH/Popular Resistance Committees:PRC) mengakui melancarkan serangan roket jenis grad ke bandar Biʾr as-Sabʿ pada jam 05:20 pagi hari ini.

Memetik laporan dari web rasmi PRC, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN melancarkan lagi roket grad ke bandar Biʾr as-Sabʿ pada jam 07:40 pagi.

Jelasnya, zionis mengakui roket grad gugur di bandar Biʾr as-Sabʿ dan turut mengakui sistem penangkis roket (Iron Dome) gagal menghadang kemaraan roket grad.

Kenyataan media ALWIYAH menyatakan, 'selepas operasi melancar roket, pejuang-pejuangnya kembali ke pengkalan dengan selamat, sambil menegaskan bahawa roket yang dilancarkan ini adalah balasan serangan zionis yang tidak henti terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Lebih-lebih lagi serangan terkini zionis membunuh seorang pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM di Khan Younis dan serangan sebelum ini menyebabkan kecederaan di kalangan orang awam.'

As-syahid Sulaiman Kamil
Pautan berita:

ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengakhiri kenyataan media, pejuangnya tetap berpegang kuat dengan jihad sebagai satu-satunya untuk membebaskan keseluruhan tanah-tanah Palestin yang dirompak. Sumber 28/10/2012, web berita Safa, web berita Paltimes dan web rasmi PRC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan