28 Oktober 2012

Syahid, kritikal pejuang yang berkawal dibom zionis

Sejak Selasa lepas, 
9 Palestin syahid dan 14 lagi cedera

SEMENANJUNG GAZA, 28 Oktober - Seorang penduduk Palestin syahid dan seorang lagi kritikal selepas sekumpulan penduduk Palestin yang berkawal menjadi sasaran pengeboman pesawat zionis di sebelah timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Kejadian ini berlaku pada awal pagi Ahad, hari ini.

Jelas pemberita Palestin dari agensi PALTIMES dan SAFA di bandar Khan Younis, pesawat pengintip tanpa juruterbang telah mengebom satu kumpulan pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera gerakan HAMAS) dengan satu serangan peluru misil di kawasan Samour terletak di antara daerah Al-Qarara dan Bani Suheila, lantas mengakibatkan seorang pejuang, Sulaiman Kamil Al-Qarra berusia 27 tahun syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan kritikal.

Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Dr. Asyraf Al-Qudrah berkata, sejak dari serangan zionis pada 23 Oktober yang sehingga hari ini telah mengakibatkan 9 Palestin syahid dan 14 lagi cedera.

As-syahid Sulaiman Kamil
AL-QASSAM ucap takziah

"Datangnya syahid selepas membawa misi jihad yang mulia, disusuli operasi berterusan dan pengorbanan, kami mendoakan agar beliau memperolehi syahid yang tidak seorang pun boleh memberi anugerah itu selain Allah," demikian petikan dari kenyataan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.

Sayap tentera gerakan HAMAS dalam kenyataan rasminya mengucapkan takziah ke atas salah seorang anggota tenteranya yang syahid pada awal pagi ini ekoran dari pengeboman pesawat zionis.

IAF serang pejuang Palestin

Berhubung serangan, jurucakap tentera rejim zionis menyatakan Angkatan Tentera Udara Israel (IAF) telah menyerang sekumpulan dari pejuang Palestin di Khan Younis dan menyifatkan serangan itu menyasarkan 'pengganas'.

Kejadian pada malam semalam, beberapa buah jentera perang zionis yang terdiri dari kereta kebal, jentolak dan sebuah kereta perisai telah menceroboh sejauh 200 meter dalam kawasan sebelah timur daerah Al-Qarara sambil diiringi pesawat tempur.

Seperti biasa, tentera rejim zionis menjalankan operasi mengesan dan meratakan tanah di lokasi yang diceroboh. 

Bagaimanapun, empat serangan peluru mortar telah dilancarkan oleh pejuang Palestin ke atas sepasukan tentera zionis yang menceroboh. Sumber 28/10/2012, web berita Paltimes, web berita Safa dan media penerangan AL-QASSAM 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan