19 Jun 2012

[TERKINI] Kanak-kanak syahid, cedera dalam serangan di Gaza

Laporan jam 08:58 malam, BaitulMaqdis
Jam 07:58 malam, waktu Mesir

GAZA - Seorang kanak-kanak perempuan bernama Hadil Ahmad Al-Haddad berusia dua tahun telah syahid, manakala saudaranya mengalami kecederaan sederhana ekoran dari serangan udara zionis di Hayyu Al-Zaitun, bandar Gaza malam ini, kira-kira dua jam yang lalu.

Menukil dari agensi berita PALTIMES, Hadil dan saudaranya menjadi mangsa apabila pesawat pengintip tanpa juruterbang mengebom rumah mereka di sebelah barat Hayyu Al-Zaitun.

Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza mengesahkan kejadian serangan dari pesawat pengintip yang menyasarkan rumah terbabut berhampiran Masjid Al-Farouq.

Demikian itu, bilangan penduduk Palestin yang syahid sejak pada awal pagi Isnin, 18/06/2012 selepas serangan mendadak yang dilakukan oleh zionis di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 7 orang mangsa yang syahid, manakala 11 orang penduduk Palestin cedera.

Berhubung serang balas, pejuang-pejuang Palestin, terutamanya KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) telah melancarkan lebih 40 serangan roket dan peluru mortar jenis 'hawn' ke lokasi-lokasi ketenteraan dan awam Israel sejak awal pagi tadi. Pihak penjajah telah mengakui 30 serangan roket gugur di lokasi-lokasi berkenaan. 

Serangan balas pejuang Palestin:
AL-QASSAM lunas janji serang pengkalan tentera zionis


Sementara itu, pada waktu tengahari tadi, rejim zionis mengumumkan 'keadaan cemas' di sepanjang garisan sempadan yang memisahkan Semenanjung Gaza dengan kedudukan penempatan-penempatan Israel yang berada setentang di garisan sempadan sehinggalah dari jarak 30 kilometer.

Media massa hebrew pula melaporkan, tentera rejim zionis memberi taklimat kepada semua warga-warga haram Israel selamatkan diri ke tempat-tempat perlindungan dan bilik-bilik kebal dan tidak boleh berada di kawasan lapang melainkan pada waktu yang tertentu.

Begitu juga, rejim zionis mengumumkan persediaan di garisan sempadan sebagai langkah berjaga-jaga dari tindak balas pejuang Palestin dan operasi menyelinap masuk ke tanah jajahan 1948. Sumber 19/06/2012, web berita Safa.ps dan Paltimes.net

AL-QASSAM lunas janji serang pengkalan tentera zionis


SEMENANJUNG GAZA - "Kami mahu menegaskan kepada masyarakat kami Palestin yang berhadapan dengan deretan serangan berterusan dari rejim zionis(Israel/penjajah) bahawa KATAIB AL-QASSAM dan kumpulan sayap tentera yang lain akan mempertahankan Semenanjung Gaza yang tercinta, melindungi penduduknya dan pejuang-pejuangnya, sesekali tidak akan membiarkan jenayah ini berlalu dengan lintas hormat dan musuh akan membayar harganya, ketahuilah wahai orang yang berbuat zalim, mereka-mereka yang ditindas pasti akan menang," demikian kenyataan ketenteraan KATAIB AL-QASSAM yang disiarkan web rasminya awal pagi ini.

Menukil dari agensi berita SAFA, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) telah berjanji akan melakukan serangan balas ke atas rejim zionis yang tidak henti-henti melakukan jenayah di Semenanjung Gaza.  
Arkib: Pejuang AL-QASSAM ketika berkawal di pos berhampiran garisan sempadan
Demikian itu, tidak sampai dalam tempoh 5 jam kenyataan rasmi diumumkan, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM telah melunaskan janjinya dan menyerang sebuah pengkalan tentera zionis.

Dalam kenyataan media awal pagi Selasa, 19/06/2012, KATAIB AL-QASSAM berkata, "pejuang-pejuang AL-QASSAM berjaya mengebom pengkalan tentera zionis 'Zekem' yang terletak di sebelah utara Semenanjung Gaza dengan melancarkan empat serangan roket saiz 107mm pada jam 04:20 pagi, waktu BaitulMaqdis(03:20 pagi waktu Kaherah)."

Serangan balas dari KATAIB AL-QASSAM ekoran membalas jenayah zionis yang dilakukan tidak putus-putus, terbaru, mengakibatkan beberapa orang Palestin syahid semalam, diikuti beberapa lagi yang cedera.

Pautan kaitan berita:
1. [Kemaskini] Dua syahid, dua cedera dalam serangan terbaru di Beit Hanoun
2. [Kemaskini] Dua syahid dibom zionis
3. 5 cedera, dua serangan udara di Semenanjung Gaza
4. ALWIYAH mengebom infantri zionis di Gaza Tengah
5. [Kemaskini] Pejuang hadang pencerobohan terbatas di Deir Al-Balah


Tambah AL-QASSAM, "kami KATAIB AL-QASSAM, tatkala mengumumkan bahawa kami bertanggungjawab menggalas misi jihad ingin kami mengesahkan pejuang-pejuang kami telah bersedia menyerang balas serangan musuh dan menghadang sebarang tindakan bodoh yang dilakukan penjajah..dengan apa yang kami ada dan miliki..dengan izin Allah Ta'ala." Sumber 19/06/2012, web berita Safa.ps dan web penerangan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM