19 September 2010

Karikatur: 'Beku' atau 'sambung bina'

Penempatan haram Israel
Hanya ada dua pilihan, sama ada 'beku' atau 'sambung bina'

Penempatan haram Israel atau Yahudi penghalang tercapainya persetujuan damai antara pihak Palestin yang tidak direstui dengan Israel. Terkini, Israel dengan sikap keras kepalanya bertegas akan meneruskan kerja pembinaan unit perumahan di tanah-tanah rampasan (penempatan haram) milik Palestin. Palestin Ramallah pula menadah tangan kepada US dan EU bagi memaksa Israel hentikan pembinaan. Pada hemat Palestin Ramallah, mereka telah mematuhi perjanjian damai sebelum ini sambil menyalahkan Israel yang kerap kali melanggar perjanjian. Apakah kesudahannya? Tunggu 26 September ini, tempoh beku kerja bina penempatan haram Israel berakhir. Kedua-dua pihak akan teruji, sama ada Israel atau Palestin Ramallah.

Palestin sebelum dan semasa rundingan bertegas jika Israel masih meneruskan kerja bina penempatan setelah tempoh itu berakhir, maka pihaknya akan berundur dari rundingan damai secara bersemuka. Malah timbul desas-desus, Mahmoud Abbas, Presiden Palestin akan melepaskan jawatan sekiranya rundingan damai ini gagal mencapai persetujuan.

Sumber karikatur, web berita Palestine 1948(Pls48)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan