
GAZA - Lajnah Tertinggi Kebangsaan yang berperanan membela para tahanan Palestin menyatakan pertempuran berdarah telah meletus antara tahanan Palestin dengan unit khas tentera rejim zionis di penjara Ramon, kawasan sahara di Naqab(Negev).
Gambar(pautan blog bebas): Pandangan luar dari penjara Ramon.
Seperti yang dijelaskan kepada agensi berita 'Safa' malam tadi, pihaknya terus mengikuti perkembangan yang berlaku di penjara Ramoun dan masih dapat berhubung dengan tahanan di sana.
Seorang dari tahanan Palestin yang memaklumkan kepada Lajnah tersebut bahawa sebilangan besar unit tentera rejim zionis, antaranya unit Metsada telah merempuh ke penjara Ramoun dengan ganas dan mengejut di tengah malam, 19/09/2010. Setelah itu, rejim zionis menarik keluar para tahanan dengan kekerasan dari bilik kurungan sambil mengancam dengan senjata serta gas beracun. Sebarang peralatan dalam bilik tahanan turut digeledah atas alasan mencari telefon bimbit yang diseludup masuk ke penjara sewaktu masa lawatan ahli keluarga tahanan.
Tahanan tersebut turut menceritakan, tentera rejim zionis yang merempuh ke penjara turut mengadakan pemeriksaan ke atas para tahanan yang dipaksa bogel. Tindakan melampau zionis mendorong para tahanan bangkit serta bertakbir menghadang serangan zionis di bahagian tahanan berkenaan dengan perantaraan yang ada. Berikutan itu, tentera zionis bertindak lagi ganas dengan melepaskan tembakan peluru getah, gas pemedih mata malah membelasah tahanan dengan cotar sambil menyepak tahanan Palestin.

Kejadian tersebut mengakibatkan luka parah dan kecederaan di kalangan tahanan Palestin, namun sehingga kini tidak diketahui jumlah yang luka parah kerana keadaan yang teramat genting di dalam penjara. Malahan, para tahanan terputus hubungan antara satu sama lain.
Gambar di atas(pautan blog bebas): Pandangan luar dari penjara Ramon. Klik di sini untuk besarkan gambar.
Kejadian tersebut turut dikecam keras oleh wakil Palestin. Sumber dari agensi berita 'Safa' melaporkan pada jam 12.30 pagi, Palestin, 20/09/2010, ahli-ahli parlimen Al-Quds dan bekas ahli parlimen telah mengecam keras kekangan rejim zionis ke atas tahanan Palestin di Ramon.
Lajnah Tertinggi mengungkapkan, sejak akhir-akhir ini serangan ganas zionis ke atas tahanan semakin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi, zionis menggunakan alasan para tahanan Palestin menyembunyikan telefon bimbit dalam bilik kurungan.
Lajnah Tertinggi Kebangsaan memohon kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa agar segera campur tangan bagi menghentikan serangan gila zionis ke atas tahanan Palestin di kesemua penjara. Bahkan, pertubuhan antarabangsa mesti bertindak bagi melindungi para tahanan Palestin dari kekejaman zionis yang berlanjutan setiap kali perpindahan ke penjara baru dan boleh dikatakan berlaku setiap hari. Sumber 19-20/09/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan