20 September 2010

Penjajah zionis rempuh Jenin tangkap Palestin

JENIN - Sepasukan tentera penjajah zionis telah menceroboh masuk ke beberapa kawasan yang terletak di selatan bandar Jenin, Tebing Barat. Dalam rempuhan awal pagi tadi, dua orang penduduk Palestin telah ditangkap dan dibawa ke arah yang tidak diketahui. Sementara itu, penjajah zionis terus menggiatkan kekangan di pos-pos kawalan yang memisahkan antara Jenin dan Tulkarm.

Sumber tempatan berkata, seramai puluhan anggota tentera penjajah zionis yang berkawal di desa Jaba' telah menyerbu ke rumah seorang penduduk Palestin, Imad Sabhi Mulayashah, 28. Rumahnya digeledah, lalu Imad dibawa pergi dalam keadaan mata ditutup.

Kejadian yang lain, tentera penjajah zionis menyerbu masuk ke daerah Kafr Ra'i, selatan bandar Jenin. Kemudian, rumah penduduk Palestin, Nabil Sa'ad Mahmud Zayyab, 36 pula digeledah. Berikutan itu, tentera rejim turut menyoal siasat beberapa orang penduduk Palestin di situ.
______________________________________________
Baca lagi:

______________________________________________

Dari sudut yang lain, secara mengejut, tentera penjajah zionis terus berkawal di pos-pos kawalan di kawasan selatan Jenin. Sejak kejadian pembunuhan kejam zionis ke atas seorang komander KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, as-syahid Shalbayah jumaat lepas, penjajah zionis terus mengawal rapi di Kafr Ra'i, Fahma, 'Alar, dan di sepanjang jalan yang memisahkan antara Jenin dan Tulkarm. Sumber 20/09/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan