19 September 2010

Rejim zionis ganggu jemaah solat di Masjid Khalil

KHALIL - Sepasukan tentera rejim zionis mengganggu jemaah solat yang mahu menunaikan solat Isyak di Masjid Umar Abdul Aziz malam ini. Masjid tersebut terletak di kawasan Hawuz, bandar Khalil, selatan Tebing Barat.

Saksi kejadian berkata, "lima buah jip tentera dan beberapa buah trak pengangkut tentera zionis kelihatan berada di perkarangan Masjid Umar Abdul Aziz, dan beberapa orang jemaah yang mahu menunaikan solat Isyak turut ditahan, tambahan lagi, beberapa jemaah solat yang lain diperiksa identiti pengenalan diri sebaik sahaja keluar dari Masjid."

Sumber menjelaskan, tentera rejim zionis berada di kawasan Masjid selama beberapa jam, kemudian meronda di sekitar perumahan 'Isa dengan diiringi pegawai perisikan Israel sebelum berundur.

Sebelum itu, beberapa jemaah solat yang ditahan dilepaskan serta-merta. Sumber 19/09/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan