19 September 2010

Sulaiman gesa Mashal tandatangan dokumen pembaikan Mesir

KAHERAH - Sumber Mesir yang dipercayai telah mendedahkan kepada sebuah akhbar, "Al-Hayat" London mengenai pertemuan antara Ketua Badan Perisikan Mesir, Omar Sulaiman dengan Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Mashal di Mekah dalam bulan ini.

Pertemuan tersebut ketika Ketua Perisikan Mesir berkunjung ke Arab Saudi serta mengadakan perjumpaan dengan Raja Abdullah Bin Abdul Aziz. Dalam pertemuan itu, kedua belah pihak membincangkan kedudukan terkini mengenai segenap ruang politik Timur Tengah. Yang utamanya, hasil dari pusingan pertama rundingan damai bersemuka melibat Palestin dan Israel di Washington pada awal September.

Mengenai perbincangan yang berlangsung antara Sulaiman dengan Mashal, sumber tersebut berkata, "proses pemulihan dalaman Palestin adalah isu utama yang diperbincangkan," Tambah lagi, "Sulaiman menyatakan kepada Mashal bahawa perlu sangat menandatangani dokumen pembaikan dalaman Palestin yang dikendalikan oleh Mesir, dan gerakan FATAH telah menandatanganinya, tetapi HAMAS belum berbuat demikian disebabkan gerakan tersebut menuntut supaya pemerhatiannya juga diambil dalam dokumen Mesir."

Sumber berkenaan berpandangan bahawa, "hal yang bersangkutan dengan dokumen pembaikan buntu buat masa ini, namun tidak memberi kesan kepada agenda HAMAS bahkan akan mendatangkan kesan negatif ke atas usaha pembaikan dalam masa konflik persengketaan dalaman yang masih berlarutan", sambil mengingatkan Semenanjung Gaza mungkin akan berubah menjadi wilayah pemberontak dan lubuk keganasan di rantau ini, menurut sumber itu.

Hubungan Mesir dan HAMAS dari sudut politik seakan tegang berikutan gerakan HAMAS membantah dari menandatangani dokumen Mesir. Sumber 19/09/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan