
Menteri Luar rejim zionis, Avigdor Lieberman(gambar) berkata, Israel tidak boleh lagi untuk meneruskan pembekuan kerja binaan perumahan di penempatan Israel di Tebing Barat.
Kenyataan Lieberman yang dinukilkan dari radio Israel, katanya, "sehingga sekarang pun, belum ditemui penyelesaian mengenai pembekuan kerja bina di penempatan-penempatan Israel di Tebing Barat."
Menurut Lieberman, ketika menghubungi teman sejawatnya dari Britain melalui panggilan telefon, "Palestin telah meletakkan 9 sebulan sebagai tempoh pembekuan kerja binaan di penempatan, dan mereka datang ke rundingan hanyalah semata-mata terpaksa untuk menggerakkan langkah sedemikian."
Jelas Lieberman, "Israel telah menjalankan apa yang sepatutnya dari sifat ehsan(niat baik), dan sekarang *bola berada di padang Palestin."
*keputusan dan tindakan selanjutnya adalah dari pihak Palestin
Seperti yang difahami, ketetapan dari Kerajaan haram zionis yang membekukan kerja bina di penempatan haram Israel ini berakhir pada 26 September akan datang.
Sehari sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) telah mengemukakan permintaannya sekali lagi kepada Kerajaan haram zionis supaya melanjutkan tempoh pembekuan kerja bina perumahan dan penempatan haram Israel.
Utusan Khas PBB bagi usaha damai di Timur Tengah, Robert Sierre mengesahkan ketika memberi kenyataan dalam Majlis Keselamatan Antarabangsa, bahawa, "pendirian dari PBB menganggap penempatan-penempatan Israel menyalahi perundangan mengikut undang-undang antarabangsa."
Sierre turut menegaskan bahawa perlu menghalang dari kedua-dua belah pihak, Palestin dan Israel tidak membuat sebarang tindakan yang mencetuskan provokasi(ketegangan). Dan kedua-duanya mesti berusaha bersama-sama dengan rasa perkongsian bagi memelihara suasana rundingan damai. Sumber 19/09/2010, web berita Al-Jazeerah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan