Kementerian Kesihatan Gaza mengingatkan tentang bencana yang menimpa kesihatan dan kemanusiaan sebaik sahaja kehabisan bekalan tenaga terutamanya di hospital-hospital Gaza.
Sebagaimana dilaporkan, bencana ini bakal menimpa di sektor kesihatan Gaza. Tambahan pula, beberapa khidmat operasi yang berkait dengan bekalan tenaga adalah bersangkutan dengan rawatan kecemasan dan kritikal.
Berikutan itu, peti ais yang menempatkan peralatan yang berkaitan serta makmal analisis perubatan malah tabung-tabung darah juga akan terhenti operasinya kesan dari krisis ini.
Pihak di kementerian dalam keterangannya berkata, 'ketika ini hospital-hospital di Semenanjung Gaza menghadapi kekurangan bekalan tenaga dari 300,000 liter solar yang diperlukan bagi menghidupkan generator elektrik, di samping itu bekalan elektrik yang sedia ada juga kerap terputus'.
Dijelaskan, pihak penjajah tidak membenarkan alat; Uninterruptable Power Supply(UPS) model berkeupayaan tinggi, yang berfungsi membekalkan tenaga elektrik yang berterusan ketika berlaku gangguan elektrik(1) dimasukkan ke Gaza. UPS ini boleh menampung perkakasan alatan utama serta alat pencuci buah pinggang dan lain-lain lagi. Tambahan pula, UPS menampung secara keseluruhan bahagian rawatan usus. Bagaimanapun, pihak penjajah tidak membenarkan masuk walaupun pembayaran telah selesai.
Nota kaki:
__________________________________
Kementerian Kesihatan Gaza juga mendesak seberapa segera dari Badan-badan Antarabangsa termasuk kemanusiaan dan Hak Asasi; antaranya Bulan Sabit Merah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dan UNRWA supaya campur tangan sebelum terlambat bagi menekan penjajah agar membolehkan bekalan-bekalan tenaga dapat masuk ke Gaza bahkan bagi menghalang timbulnya krisis kemanusiaan yang menjejaskan sektor kesihatan. Sumber 17/04/2010, web berita islamtoday.net