Al-Quds, - Menteri Luar Penjajah, Avigdor Lieberman telah memberikan taklimat kepada utusan Israel di PBB bagi mengemukakan aduan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon dan Presiden Majlis Keselamatan Antarabangsa. Tujuan Lieberman itu adalah untuk menghalang pelayaran kapal Maryam yang dijadualkan berlepas dari Lubnan menuju ke Semenanjung Gaza.
Lieberman telah menyatakan dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh radio Israel pada hari jumaat bahawa perjalanan yang tidak sepatutnya itu adalah untuk menimbulkan provokasi, menurut Lieberman.
Lieberman mendakwa bahawa Semenanjung Gaza tidak menghadapi apa-apa kekurangan apapun, dan ada jalan lain untuk membekalkan keperluan kepada penduduknya.
Radio Israel melaporkan bahawa Kementerian Luar Israel yang berpusat di bandar Baitul-Maqdis(Al-Quds) telah menghubungi beberapa buah negara yang berpengaruh dalam usahanya menghalang kapal Maryam dari bertolak dari Lubnan.
Sebagaimana dijadualkan, kapal Maryam akan bertolak dari pelabuhan Tripoli Lubnan menuju ke Cyprus, kemudian ke Gaza. Dicatatkan, sekitar 60 anak kapal terdiri dari wanita berbagai negara, di antaranya adalah Eropah dan Amerika. Begitu juga dengan peralatan perubatan untuk merawat kanser. Sumber 20/08/10, web berita safa.ps
