20 Mei 2011

Mavi Marmara sedia belayar lagi

Laporan jam 07.17 malam, Palestin/Mekah
Jam 06.17 petang, Mesir

ISTANBUL - Yayasan Hak Asasi Manusia(IHH), sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Turki telah mengumumkan mengenai pelayaran konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza. Konvoi laut kali ini adalah yang kedua setelahmana armada pembebasan kali pertama pada 31 Mei tahun lepas diserang tentera laut rejim zionis ketika belayar di perairan laut antarabangsa menuju ke pelabuhan Semenanjung Gaza. Insiden tersebut mengakibatkan 9 relawan Turki terkorban.
__________________________________________________
Info:
Konvoi laut: Freedom Flotilla/armada pembebasan/أسطول الحرية
Pautan:
__________________________________________________

Semasa sidang media berlangsung di Istanbul hari ini, Presiden IHH, Fehmi Bülent Yıldırım berkata, konvoi kapal yang baru melibatkan 15 buah kapal diikuti 1500 relawan dari seluruh dunia.

Tambah beliau, konvoi baru ini dianggap sebagai usaha antarabangsa yang disertai 22 buah pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dari seluruh dunia, sambil memberi peringatan kepada Israel, kata beliau, "jika kamu(Israel) menghalang kami lagi sekali, kami akan terus berada di laut selama beberapa hari dan isu kami akan menjadi isu dunia."

Photobucket

Kata beliau lagi, 'Israel menjadi tersisih ekoran serangan ke atas armada pembebasan tahun lepas', sambil itu, beliau mendesak bebaskan Gaza sepenuhnya dari sekatan yang dikenakan hampir 5 tahun.

Sebagaimana yang dijadualkan, armada pembebasan II akan berlayar pada 31 Mei ini sempena memperingati peristiwa serangan komander laut Israel ke atas armada pembebasan tahun lepas. Bagaimanapun, IHH menunda pelayaran pada tarikh lain selepas pilihanraya parlimen Turki yang diadakan pada 12 Jun akan datang.

Semalam, media Palestine 1948 menyiarkan laporan mengenai baik pulih kapal MV Mavi Marmara yang bersedia untuk belayar bersama konvoi armada pembebasan II. Sumber 20/05/2011, web berita safa.ps dan 19/05/2011, web berita Palestine 1948

Gambar-gambar di bawah menampilkan kerja baik puilih kapal MV Mavi Marmara






Sumber gambar: IHH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan