Laporan jam 01.00 pagi, Palestin/Mekah
Jam 12.00 tengah malam, Mesir
LONDON - Menteri Pendidikan rejim penjajah yang juga anggota KABINET Israel bagi hal ehwal politik dan keselamatan, Gideon Sa'ar berkata, persepakatan antara gerakan HAMAS dan FATAH menandakan bahawa Pemerintah Palestin Ramallah tidak betul-betul cenderung ke arah perdamaian.Gambar(Knesset): Gideon Sa'ar
Ketika memberikan ucapan dalam sebuah persidangan lobi pro-Israel di London, Sa'ar mengisyaratkan kata-katanya bahawa kejadian yang berlaku semalam(bawah, 1) jelas menunjukkan Israel masih dikelilingi musuh-musuhnya yang mengingkari kewujudan Israel secara mutlak.
_____________________________________________
Baca lagi:1. Nakbah kepung perampas tanah Palestin
2. Kami mahu ke PBB kerana kami mahu Negara Palestin
_____________________________________________
Sa'ar berharap masyarakat antarabangsa bertindak bagi menghadang usaha Palestin waktu ini yang menjadikan isu konflik Arab-Israel bersifat antarabangsa berikutan tindakan-tindakan Palestin mengikut sebelah pihak(lihat pautan di atas, 2), katanya. Sumber 16/05/2011, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan