17 Julai 2011

Zionis mengebom utara Gaza, 7 cedera

Laporan jam 06:50 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 05:50 pagi, waktu Mesir

GAZA - Sebuah rumah tanpa penghuni yang dibom pesawat tempur zionis awal pagi tadi di Gaza mengakibatkan 7 penduduk Palestin cedera. Jelas sumber, 4 dari yang cedera adalah kanak-kanak.

Peta Semenanjung Gaza

Berhubung pengeboman di Bet Hanoun, utara Semenanjung Gaza(media lain menyebut Tebing Gaza, Jalur Gaza, Genting Gaza), jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas, Adham Abu Salmiah berkata dalam salinan kenyataan rasmi yang diterima agensi berita Safa bahawa kesemua mangsa dari keluarga Az-Za'anin telah dibawa ke hospital untuk rawatan. Nyata Adham, rumah yang menjadi sasaran pengeboman zionis bersebelahan dengan rumah keluarga terbabit.

Tambahan lagi, sejak beberapa hari lalu, serangan zionis semakin sengit di Gaza malah melanggar dasar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Beliau menerangkan bahawa serangan zionis di Gaza dalam masa beberapa hari yang lalu mengakibatkan 3 penduduk Palestin syahid, manakala yang cedera melebihi 20 orang mangsa, termasuk 6 orang kanak-kanak serta 2 remaja perempuan Palestin.

Abu Salmiah merayu masyarakat antarabangsa serta badan-badan antarabangsa dan hak asasi manusia supaya tampil segera demi menghentikan serangan-serangan zionis ke atas masyarakat awam di Gaza. Sumber 17/07/2011, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan