14 April 2011

Seorang pejuang AL-QASSAM syahid kesan cedera parah

Laporan jam 01.15 petang, Palestin/Mekah
Jam 12.15 petang, Mesir

GAZA - Seorang pemuda Palestin berusia 20 tahun, Mahdi Jum'ah Abu Azrah dari Masjid As-Safa menemui syahid tengahari ini kesan dari luka parah sewaktu serangan berterusan zionis di Gaza pada hari Khamis minggu lepas.

KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS dalam kenyataannya menyebut, pejuang Abu Azrah salah seorang dari anggota AL-QASSAM berasal dari Masjid As-Safa, timur bandar Rafah telah menemui Allah Ta'ala pada hari Khamis, 14/04/2011 kesan dari luka parah yang dilaluinya. Jelas AL-QASSAM, pejuangnya telah dijemput syahid setelah melaksanakan misi jihad yang agung lagi mulia. Semoga pengorbanannya dinilai sebagai syahid dan tidak ada apa yang diharapkan selain Allah.

Dengan laporan ini, jumlah penduduk Palestin yang syahid dibunuh tentera rejim zionis dalam serangan berterusan selama beberapa hari meningkat ke angka 19, 3 darinya adalah seorang kanak-kanak, wanita dan seorang penduduk yang berusia. Jumlah yang cedera sebanyak 67 penduduk, sebilangan besar dari kalangan wanita, kanak-kanak dan orang awam. Sumber 14/04/2011, web berita safa.ps dan web rasmi penerangan AL-QASSAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan