11 Disember 2011

Menteri Israel ancam luaskan serangan di Gaza

Laporan jam 10:20 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 10:20 pagi, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Seorang Menteri Israel(rejim zionis), Moshe Yaalon(gambar) yang menjawat Menteri Strategik Hubungan Luar, telah memberi ancaman bahawa Israel terpaksa menggunakan lebih lagi bentuk serangan bagi menghadkan serangan roket Palestin yang menyasarkan penempatan-penempatan warga zionis di selatan tanah jajahan 1948.

Yaalon bekas pegawai tertinggi tentera Israel(former Chief of Staff) berkata dalam wawancara radio pagi Ahad, "tak ada satu negarapun yang boleh menerima keadaan ini(isyarat kepada serangan roket), gerakan HAMASlah yang bertanggungjawab terhadap serangan roket meskipun dia(HAMAS) di medan tempur tidak melancarkan serangan roket."

Berhubung sudut lain, Moshe Yaalon berkata, bajet kewangan yang diperuntukkan kepada tentera Israel telah memberikan jawapan yang munasabah ekoran ancaman-ancaman kepada Israel. Sedemikian itu, bajet seumpama ini bertujuan memberikan kesesuaian kepada masyarakat Israel dari keperluan sosialnya(harian).

Berbalik kepada isu sebenar, serangan-serangan terkini(07-11/12/2011) zionis ke atas Semenanjung Gaza meskipun dalam tempoh tenang(gencatan senjata) telah mengakibatkan lima penduduk Palestin syahid, tiga darinya adalah pejuang dan mangsa serangan yang cedera melebihi dua puluh orang.

Sumber berita Palestin, SAFA melaporkan lagi kejadian serangan dari tentera rejim zionis pagi ini, jip-jip peronda tentera zionis serta menara-menara kawalannya telah melepaskan tembakan mesingan ke arah para petani Palestin dan pengembala kambing berhampiran garisan sempadan Rafah di sebelah timur, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut pemberita SAFA, jip-jip peronda zionis dan menara-menara kawalan di lokasi berhampiran telah melepaskan bertubi-tubi tembakan ke arah kawasan di mana petani dan pengembala kambing berada.

Keadaan dan situasi cemas yang diharungi para petani dan pengembala kambing membuatkan mereka terpaksa bergegas meninggalkan kawasan berkenaan ekoran bimbang dengan nyawa mereka.

Berhubung kejadian, tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Sumber 11/12/2011, web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan