14 April 2011

Penjajah buka terminal Karem Abu Salem

Laporan asal jam 08.52 pagi, Palestin/Mekah
Jam 07.52 pagi, Mesir

GAZa - Pihak berkuasa penjajah membuka terminal Karem Abu Salem hari ini bagi membawa masuk berpuluh-puluh trak muatan bantuan dan bahan binaan yang disalurkan kepada Badan-badan Antarabangsa di Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza).

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Kemasukan barang ke Gaza, Raed Futuh berkata, "penjajah akan membenarkan kemasukan antara 290-300 buah trak dengan muatan untuk sektor perdagangan dan pertanian ke Gaza melalui terminal Karem Abu Salem," tambah beliau lagi, "turut dibawa masuk melalui terminal tersebut 20 buah kereta mewah bagi sektor pengangkutan."

Beliau menjelaskan lagi, tujuh buah trak membawa muatan simen dan bahan binaan adalah untuk program-program pembangunan yang dibiayai USAID(United States Agency for International Development) dan 10 buah trak membawa muatan untuk program antarabangsa, UNRWA(United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East).

Pautan lain:
USAID
UNRWA

Selain itu, Raed Futuh menyatakan, gas masak juga akan dibekalkan masuk. Jelas lagi, semalam, terminal telah dibuka bagi kemasukan 212 trak muatan bantuan dan sektor pelbagai. Sebanyak 142 trak membawa muatan barang muatan sektor perdaganan, 31 buah muatan sektor pertanian, 2 buah trak bantuan-bantuan dan 37 buah lagi membawa muatan makanan ternakan.

Beliau berkata lagi, sebanyak 200850 kilo telah dipam ke stesen dan 75500 liter solar telah masuk ke Gaza untuk kegunaan Kementerian Kesihatan. Sedemikian itu, sebuah trak muatan bunga dieksport ke Negara-negara Eropah.


Terminal Karem Abu Salem menghubungkan perlintasan ke Gaza merupakan satu-satunya terminal yang dikhususkan untuk kemasukan bantuan-bantuan dan komoditi barang ke Gaza setelahmana rejim penjajah membuat keputusan menutup terus terminal Al-Mintar di timur Gaza. Sumber 14/04/2011, web berita safa.ps

Seorang pejuang AL-QASSAM syahid kesan cedera parah

Laporan jam 01.15 petang, Palestin/Mekah
Jam 12.15 petang, Mesir

GAZA - Seorang pemuda Palestin berusia 20 tahun, Mahdi Jum'ah Abu Azrah dari Masjid As-Safa menemui syahid tengahari ini kesan dari luka parah sewaktu serangan berterusan zionis di Gaza pada hari Khamis minggu lepas.

KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS dalam kenyataannya menyebut, pejuang Abu Azrah salah seorang dari anggota AL-QASSAM berasal dari Masjid As-Safa, timur bandar Rafah telah menemui Allah Ta'ala pada hari Khamis, 14/04/2011 kesan dari luka parah yang dilaluinya. Jelas AL-QASSAM, pejuangnya telah dijemput syahid setelah melaksanakan misi jihad yang agung lagi mulia. Semoga pengorbanannya dinilai sebagai syahid dan tidak ada apa yang diharapkan selain Allah.

Dengan laporan ini, jumlah penduduk Palestin yang syahid dibunuh tentera rejim zionis dalam serangan berterusan selama beberapa hari meningkat ke angka 19, 3 darinya adalah seorang kanak-kanak, wanita dan seorang penduduk yang berusia. Jumlah yang cedera sebanyak 67 penduduk, sebilangan besar dari kalangan wanita, kanak-kanak dan orang awam. Sumber 14/04/2011, web berita safa.ps dan web rasmi penerangan AL-QASSAM

Rumah, nelayan jadi sasaran tembakan zionis

Laporan asal jam 12.21 pagi, Palestin/Mekah
Jam 11.21 malam(13/04/2011), Mesir

GAZA - Menara kawalan tentera zionis yang setentang dengan timur Gaza telah menyasarkan tembakan senjata beratnya menjelang pertengahan malam. Serentak dengan itu, bot-bot laju tentera laut zionis menembak ke arah bot nelayan di selatan Gaza.

Pemberita Safa melaporkan dari saksi bahawa menara-menara kawalan tentera zionis yang dikenali 'gerbang Sureij' melepaskan tembakan bertubi-tubi dari senjata beratnya ke arah rumah-rumah penduduk dan tanah pertanian di timur daerah Khan Yunus.

Sementara itu, lapor Safa lagi, bot-bot laju zionis yang berada di laut lepas selatan Gaza menembak ke arah bot-bot nelayan Palestin. Dalam waktu itu, ruang udara Gaza dilintasi kerap pesawat-pesawat rejim zionis.

Berhubung kejadian di laut, Safa menjelaskan bot-bot tentera laut zionis menyasarkan tembakan ke arah bot nelayan Palestin dalam jarak yang terlalu dekat. Lantas, bot-bot nelayan Gaza terpaksa beredar dari lokasi tersebut, sementara bot nelayan yang lain bergegas ke kawasan yang selamat untuk menjalankan penangkapan ikan sebagaimana biasa.

Sehingga kini, sumber tidak melaporkan sebarang kecederaan dari kalangan penduduk Palestin di Gaza ekoran dari dua kejadian tersebut. Walaupun keadaan tenang yang menyelubungi Gaza waktu ini, namun rejim zionis masih menindas para petani di garisan sempadan dan nelayan. Sumber 14/04/2011, web berita safa.ps