16 Mei 2011

Bot laju zionis pintas kapal Malaysia

Laporan jam 08.33 pagi, Palestin/Mekah
Jam 07.33 pagi, Mesir

GAZA - Sebuah kapal yang tidak diketahui identitinya telah dipintas bot-bot laju tentera laut zionis ketika memasuki perairan laut Rafah pagi ini, jelas Safa, bot laju zionis bertindak melepaskan tembakan ke arah kapal tersebut.

Gambar(Berita Harian): KAPAL MV Finch 'The Sprit Of Rachel Corrie', yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin anjuran Yayasan Keamanan Global Perdana diserang tentera Israel sebentar tadi. Imej menunjukkan kapal itu memulakan perjalanan dari Greek ke Al Arish menerusi lautan Mediterrinean. - Foto Rosdan Wahid

Menurut pemberita Safa yang menukil dari saksi menjelaskan bahawa kapal tersebut yang besar muatannya dikepung bot-bot laju zionis dan turut diancam dengan tembakan-tembakan sebelum bot Mesir campur tangan membawanya ke perairan laut Mesir.

Jelas lagi dari agensi berita France bahawa kapal tersebut adalah kapal bantuan kemanusiaan Malaysia yang membawa muatan bahan-bahan binaan ke Semenanjung Gaza. Turut serta dalam kapal tersebut dari kalangan sukarelawan dan aktivis.

Sumber dari kapal berkata, tembakan dari bot laju zionis telah memaksa kapal mengubah haluan pelayaran ke perairan laut Mesir. Sumber 16/05/2011, web berita safa.ps

Lihat lagi:

Malaysia kutuk Israel halang kapal bantuan ke Gaza
Kapal Bantuan Kemanusiaan Malaysia Diserang Zionis di Perairan Internasional

Erdogan: Israel punca masalah

Laporan jam 07.30 malam, Palestin/Mekah
Jam 06.30 malam, Mesir

ANKARA - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan telah mengkritik dasar keganasan yang dijalankan oleh rejim zionis. Jelas beliau, rejim zionis menjadi penghalang utama kepada perdamaian.

Gambar(arkib rferl): Erdogan di kiri sambil menuding jari kepada Presiden Israel, Simon Peres, "For me, as of today, Davos is finished. I won't come back to Davos after this. You don't let me speak," Erdogan said. Peres "spoke for 25 minutes, and you allow me to speak for only 12 minutes. This is unacceptable." Rujuk sini, 30 Januari 2009.

Menukil dari media Turki, kata beliau ketika persidangan forum perdagangan bahawa Palestin terpaksa menyambut lagi hari peringatan Nakbah Palestin dengan darah dan air mata.

Merujuk kepada kenyataan ini, semalam, ketika sambutan memperingati Nakbah tahun ke-63 di Maroun Al-Ras, selatan Lubnan dan dataran tinggi Golan, sebahagian dari tanah Syria yang dijajah rejim zionis serta sambutan di tanah-tanah Palestin telah ditangani secara keras oleh rejim zionis. Seramai hampir 20 yang syahid dan beratus-ratus cedera dalam kejadian di semua tempat-tempat tersebut.

Baca lagi: Nakbah kepung perampas tanah Palestin

Kata beliau, "Israel memang bertekad menjalankan dasar-dasar yang melampau sehinggalah boleh disebut ke peringkat menjadi lanun sewaktu menyasarkan kapal-kapal Freedom Flotilla di laut Mediterranean malah tidak syak menakutkan kita semua," sambil mengisyaratkan serangan berdarah yang dilancarkan komander tentera laut 'unit Shayetet 13' ke atas armada bantuan kemanusiaan akhir Mei 2010.

Perdana Menteri Turki menyifatkan Israel adalah punca utama timbulnya permasalahan di rantau ini. Tambahan lagi, masalah yang ditimbulkan Israel turut menjadi penghalang utama kepada usaha damai di Timur Tengah. Sumber 16/05/2011, web berita safa.ps

Demonstran cedera di hadapan kedutaan Israel

Pihak keamanan Mesir telah menumpaskan rempuhan para demonstran sempena memperingati Nakbah Palestin ke kedutaan Israel di Giza, selatan Kaherah semalam, lalu mengakibatkan puluhan dari demonstran cedera.

Berbalik kepada kejadian rempuhan, agensi berita REUTERS yang melaporkan dari saksi kejadian bahawa selepas beberapa jam perhimpunan diadakan hadapan bangunan yang terletaknya kedutaan Israel, polis Mesir melepaskan tembakan gas pemedih mata ke atas ribuan penunjuk perasaan(demonstran).

Tambah saksi, para penunjuk perasaan mendesak supaya bendera Israel diturunkan malah menutup juga kedutaan. Di samping itu, penghuni bangunan tersebut menggantungkan bendera-bendera Mesir dan Palestin di apartmen mereka.

Saksi kejadian berkata lagi, para penunjuk perasaan memberikan tempoh 30 minit agar tuntutan mereka dilunaskan sambil mengancam untuk merempuh bangunan itu. Bagaimanapun, anggota polis bertindak terlebih dahulu melepaskan tembakan amaran di udara, lantas sebahagian dari penunjuk perasaan yang cuba membuang besi sekatan di hadapan bangunan kedutaan Israel ditembak dengan gas pemedih mata.

Seramai 12 orang penunjuk perasaan ditangkap setelahmana bertempur dengan pihak keamanan malah demonstrasi disuraikan bahkan pihak keselamatan menghambat jauh para demonstran dari bangunan kedutaan.

Para demonstran berubah tempat di sebuah jambatan hadapan bangunan berkenaan seraya melaungkan, "tuntukan awal masyarakat tutup kedutaan dan usir keluar duta Israel", dan "hancur..hancur Israel"..sebagaimana laungan yang seumpama dilaungkan pemuda revolusi Mesir mendesak bekas Presiden berundur.

Sementara itu, pegawai tertinggi Kementerian Pertahanan rejim penjajah, Amus Gilad tiba di Kaherah.

Menurut laporan Al-Jazeerah, kedatangan pegawai tersebut ke Kaherah adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai perkembangan di rantau ini.

Lawatan di peringkat sedemikian buat kali pertama sejak kejatuhan bekas pemerintah Mesir, Muhammad Housni Mubarak pada 11 Februari yang lalu.

Agensi berita Al-Sharq Al-Awsat pula melaporkan perbincangan dengan wakil Mesir turut menumpukan persepakatan baik pulih dalaman Palestin yang dipersetujui di Kaherah minggu lalu. Perdana Menteri rejim penjajah, Benjamin Netanyahu menyifatkan persepakatan Palestin sepertimana "memberi pukulan kepada usaha damai". Sumber 16/05/2011, web berita Al-Jazeerah

Pautan lain:

Palestin berbaik, Amerika menekan

Sa'ar harap hadang usaha Palestin sebelah pihak

Laporan jam 01.00 pagi, Palestin/Mekah
Jam 12.00 tengah malam, Mesir

LONDON - Menteri Pendidikan rejim penjajah yang juga anggota KABINET Israel bagi hal ehwal politik dan keselamatan, Gideon Sa'ar berkata, persepakatan antara gerakan HAMAS dan FATAH menandakan bahawa Pemerintah Palestin Ramallah tidak betul-betul cenderung ke arah perdamaian.

Gambar(Knesset): Gideon Sa'ar

Ketika memberikan ucapan dalam sebuah persidangan lobi pro-Israel di London, Sa'ar mengisyaratkan kata-katanya bahawa kejadian yang berlaku semalam(bawah, 1) jelas menunjukkan Israel masih dikelilingi musuh-musuhnya yang mengingkari kewujudan Israel secara mutlak.
_____________________________________________
Baca lagi:

1. Nakbah kepung perampas tanah Palestin
2. Kami mahu ke PBB kerana kami mahu Negara Palestin

_____________________________________________

Sa'ar berharap masyarakat antarabangsa bertindak bagi menghadang usaha Palestin waktu ini yang menjadikan isu konflik Arab-Israel bersifat antarabangsa berikutan tindakan-tindakan Palestin mengikut sebelah pihak(lihat pautan di atas, 2), katanya. Sumber 16/05/2011, web berita safa.ps