20 Jun 2012

Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza


Laporan jam 01:23 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 12:23 pagi, waktu Mesir

GAZA - Kejadian serangan yang berlaku awal pagi Rabu, 20/06/2012, seorang penduduk Palestin tercedera selepas pesawat zionis mengebom sebuah bengkel besi berdekatan pusat jualan kereta(سوق السيارات) di sebelah tenggara bandar Gaza.

Menurut pemberita agensi PALTIMES, dua peluru misil pesawat zionis menghentam bengkel besi di kawasan berkenaan, lantas pasukan ambulan bergegas ke tempat kejadian bagi memindahkan mangsa yang cedera.

Menukil dari web berita SAFA, helikopter zionis melepaskan satu serangan peluru misil ke atas sebuah kereta di Hayyu Al-Zaitun. Seperti yang dilaporkan, wujud kecederan dalam serangan ini.

Di sebelah utara Semenanjung Gaza, pesawat tempur zionis mengebom balai polis(ada sumber menyebut pejabat tentera laut Palestin) di kawasan As-Sudaniah, sebelah barat laut bandar Gaza, namun tiada laporan mengenai kecederaan.

Kaitan berita:
2. [TERKINI] Kanak-kanak syahid, cedera dalam serangan di Gaza
4. [Kemaskini] Dua syahid, dua cedera dalam serangan terbaru di Beit Hanoun
5. [Kemaskini] Dua syahid dibom zionis

Dalam perkembangan lain, SAFA melaporkan pergerakan jentera perang tentera zionis di sebelah timur Semenanjung Gaza antara pintu gerbang Al-Mutabbiq dengan terminal Karem Abu Salem, selatan Semenanjung Gaza.

Berikutan serangan sengit yang bermula pada awal pagi Isnin yang lalu, tujuh penduduk Palestin telah syahid, di antaranya beberapa orang pejuang Palestin dan sepasang suami isteri, mangsa yang cedera pula melebihi 15 orang mangsa.

Berhubung serang balas, KATAIB AL-QASSAM dan sayap-sayap tentera Palestin melancarkan lebih 56 serangan roket ke lokasi-lokasi Israel. Sumber 20/06/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan