.jpg)
Sumber karikatur, web berita shehab.ps
US : U jangan gelisah ok!!, bila Al-Quds dah diyahudikan semua sekali..kita akan setel dengan Jawatankuasa Siasatan Israel.
Arab : ........... !!!!
___________________________________________
Kesimpulan dari karikatur di atas:
1) Kini, bandar Al-Quds(Baitul Maqdis) dalam proses pengyahudian secara menyeluruh. Setiap unsur hidup dan fakta-fakta sejarah sedang dan akan dirubah menjadi unsur yang ada hubungan dengan Yahudi. Usaha tersebut adalah untuk menafikan hak-hak Palestin seolah-olah penduduk asal Al-Quds mahupun Palestin itu tidak ada kaitan dengan tanah mahupun aspek sejarah di Palestin.
2) Walaupun US dan Eropah mengecam tindakan Israel yang membina penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Timur Al-Quds, namun ia hanyalah sekadar kecaman dan tidak ada tekanan yang lebih kuat mahupun hukuman yang sewajarnya ke atas Israel sebagaimana Bush mengerahkan bala tenteranya menyerang dan menakluk Afghanistan dan Iraq.
3) Arab dengan sikapnya yang dahulu masih berharap semua ini akan selesai dengan 'perdamaian' sehinggakan mudah menerima sebarang tawaran dari US dan sekutunya.
4) Sindiran dari kartun US yang memujuk Arab agar tidak risau kerana selepas Israel me'yahudi'kan kesemua sekali, maka hal tersebut akan diselesaikan dengan helah pembentukan Jawatankuasa Siasatan Israel.
Sebenarnya, dialog tersebut adalah menempelak Jawatankuasa Siasatan Israel yang ditubuhkan untuk menyiasat kejadian serangan berdarah ke atas freedom flotilla. US menyambut baik tindakan Israel yang menubuhkan jawatankuasa tersebut meskipun Israel dikecam keras dan semua orang tahu kebenarannya.
Parlimen Eropah sebulat suara(lebih 80%) mengutuk Israel akibat serangan berdarah tetapi kuasa pemutus untuk menetapkan apa-apa tindakan dari keputusan itu adalah dari Kuartet Timur Tengah(US, Kesatuan Eropah, Rusia, dan PBB) sehinggalah membawa kepada 'melonggarkan sekatan ke atas Gaza'.
5) Mahmoud Abbas, Presiden Palestin yang telah tamat tempoh menurut HAMAS pula memberikan persetujuan apa-apa keputusan dari pihak antarabangsa(Majlis Keamanan Antarabangsa, Kuartet Timur Tengah, Eropah).
6) Realitinya, Israel boleh dihukum tetapi disebabkan beberapa sebab, antaranya 'penangguhan' yang diminta oleh Mahmoud Abbas, maka Israel terselamat.
Contoh kes, iaitu laporan Richard Goldstone mengenai laporan perang di Gaza dan sekatan Israel ke atas Gaza. Laporan Richard ini telah mengesahkan tindakan Israel adalah penjenayah perang dan boleh dibawa ke Majlis Keselamatan Antarabangsa untuk diputuskan hukuman ke atas Israel, namun pihak Palestin(Ramallah) minta ditangguhkan. Kesudahannya, isu ini sengaja dibiarkan berlalu.

Sumber karikatur, web berita Palestine 48(Pls48)
Gambaran karikatur di atas adalah mengisarkan tentang usaha Israel untuk menyamakan(seimbang) ketetapan yang telah diluluskannya agar tidak dikecam teruk.
:: Gaza ::
[ Israel membuat keputusan(ketetapan) untuk melonggarkan sekatan ke atas Gaza ]
dalam masa yang sama ..
:: Timur Al-Quds ::
[ Israel menetapkan sebanyak 22 buah rumah Palestin diroboh untuk membangunkan taman arkeologinya di Hayyu El-Bustan yang berada di selatan Masjid Al-Aqsa ]
Realitinya, tindakan Israel, dari sudut lain bersifat tidak menghormati orang lain dan sudut lain pula menunjukkan dia bersimpati dengan nasib orang lain. Sudah tentu, tindakan Israel adalah helah dan mahu mengalihkan pandangan umum terhadapnya bahawa dia bukanlah sekejam yang disangka meskipun Israel telah ternyata kejam dan tidak ada *siapa yang menafikannya.
*siapa : orang yang berfikiran waras dan mampu menilai dengan minda yang kritis.