الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Amerika desak Israel

20 Jun 2009

Karikatur : aljazeera

Israel seumpama kanak-kanak pungut, benarkah apa yang
dinukilkan sejarawan Israel itu?

______________________________


Buka sempadan Gaza : Amerika


Menurut sumber, Kerajaan Israel telah menerima surat berupa tekanan diplomasi dari pentadbiran Amerika Syarikat yang membantah secara rasmi haluan politik Israel ke atas Semenanjung Gaza. Dalam surat itu, turut mendesak supaya Israel membuka sempadan yang menghubungi antara Israel-Semenanjung Gaza untuk kemasukan bahan-bahan makanan dan alat serta bahan binaan sehingga memudahkan kerja permulaan membangunkan semula Gaza.

Akhbar Haaretz (Israel) semalam menyebutkan, surat tersebut turut merangkumi desakan yang meminta Israel agar melepaskan pengaliran keluar-masuk wang ke bank-bank Gaza. Desakan tersebut supaya tidak menimbulkan kemudharatan ke atas bank-bank, syarikat kewangan dan pertumbuhan ekonomi di Gaza.

Selain itu, desakan pembukaan sempadan adalah bagi membawa masuk simen dan besi ke Gaza setelah kemusnahan yang disebabkan oleh serangan Israel.

Petikan dari sumber yang dipercayai, bahawa Amerika mengakui persediaannya bagi meletakkan penguasa kawalan antarabangsa yang memastikan agar barang-barang tersebut tidak sampai kepada HAMAS. Dinyatakan, kesemua itu adalah untuk masyarakat awam sahaja.

Menurut sumber Amerika dan Israel bahawa surat yang disampaikan kepada Israel itu bukanlah usaha kali pertama bagi meminta Israel berbuat demikian, malahan tiga minggu yang lalu Amerika telah menggesa supaya dibuka sempadan tanpa dikaitkan dengan pembebasan Gil'ad Shalit (seorang tentera Israel yang berada dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza).

Desakan dari surat itu adalah dari pihak tertinggi Amerika di Washington, antaranya Hillary Clinton dan George Mitchell (utusan Amerika Syarikat di Timur Tengah). Dinyatakan lagi, seminggu yang lalu ketika utusan Amerika itu bertemu dengan pihak Israel, juga menggesa supaya Israel berbuat demikian.

Masalah tersebut juga telah disebutkan oleh Hillary Clinton, Menteri Luar Amerika Syarikat ketika bertemu dengan Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman beberapa hari yang lalu di Washington. Sumber Israel menjelaskan, surat dari Amerika itu menimbulkan kemarahan di Kementerian Pertahanan Israel yang menyelar bahawa di sana (Gaza) tidak ada berlaku krisis kemanusiaan..dan bukan berkaitan penutupan sempadan. Sumber 20/06/09, suratkhabar Shourouk

____________________________________________________________________
Berita lain


3 individu ditangkap Pihak Keselamatan Palestin

Menurut sumber, 3 individu iaitu penduduk Palestin telah ditangkap Pihak Keselamatan Palestin. Dinyatakan, operasi penangkapan tersebut di Tebing Barat. Sumber 20/06/09, berita Al-Jazeerah


Abbas di Syria

Mahmoud Abbas, Presiden Palestin (jawatan tersebut telah tamat tempoh menurut HAMAS) telah mengadakan lawatan ke Damsyik, Syria hari ini. Sumber melaporkan, Abbas telah bertemu dengan Bashar Asas, Presiden Syria yang membincangkan mengenai perdamaian di masa akan datang. Sumber 20/06/09, berita Al-Jazeerah


Menteri Kewangan tidak dibenarkan masuk ke Jordan

Kerajaan Jordan tidak membenarkan Menteri Kewangan di Kerajaan Palestin Gaza masuk ke Jordan. Sumber 20/06/09, berita Al-Jazeerah


Read more...

Secara tiba-tiba

19 Jun 2009

Kami takkan mengalah..selagi bernyawa..kami akan terus berjuang biarpun sehingga tubuh kami hancur dibom, last 18/06/09. Kita cek balik, renung dan hayati ayat 40-41, surah at-taubah..doa mudahan tempoh masa 3 hari ini ada petunjuk dan hikmah yang terbaik untuk kita(komuniti MAP). Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil!

Tak pernah mengharap pujian atau kemuliaan tika mendasari sebuah perjuangan, apa yang mahu adalah keredhaan dan keberkatan dari Allah Taa'la.

Tak pernah mengharap ganjaran yang menjanjikan kemewahan tika menggalas beban perjuangan, apa yang mahu adalah bimbingan dan rahmat dari Allah Taa'la.

Tak pernah mengakui mudah itu ada dalam berjuang dan tidak pula berbangga meminta beban yang memberatkan, tetapi apa yang ingin ku nyatakan..aku terlalu menyintainya.

Demikian episod perjuangan di peringkat yang pertama. Bagaimana pula peringkat seterusnya..? Wallahu A'lam ..

Catatan MAP
Tabah dalam duka
18 Jun 2009

صبرا..ان بعد الليل فجرا

Mini-Pavilion, From Palestine With Love
(MAP)

تمت إزالة المدونة

معذرة، تمت إزالة المدونة الموجودة في


minipavilion.blogspot.com

لم يعد هذا العنوان متاحًا لمدونات جديدة

Read more...

Penempatan Israel tambah perselisihan Amerika-Israel

Piket aman di sempadan Rafah

Sumber dari agensi berita Shehab.ps melaporkan 26 aktivis gabungan dari luar, sebahagian dari Mesir dan Palestin telah mengadakan piket aman di hadapan sempadan Rafah Mesir. Dinyatakan, piket yang diadakan semalam adalah hari ke empat bagi mendesak sempadan Rafah dibuka dalam tempoh yang lama dan berpanjangan.

Selain itu, aktivis-aktivis yang mengadakan piket juga mendesak agar bebas keluar-masuk barang dagangan, bahan binaan, makanan dan bantuan perubatan serta individu.

Menurut aktivis Mesir yang terlibat dalam piket, berkata seorang aktivis Amerika bertindak membuat mogok lapar di hadapan sempadan Mesir sebagai tanda bersimpati terhadap penduduk Gaza. Sumber 17/06/09, web berita Shehab.ps


Penempatan haram Yahudi menambahkan lagi perselisihan Amerika dan Israel

Isu penempatan Israel telah mewujudkan perselisihan antara Amerika dan Israel berikutan desakan kepada Israel supaya membekukan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat. Bagaimanapun, pembinaan penempatan

Pertembungan tersebut berlaku ketika sesi sidang akhbar bagi dua Menteri Luar, dari pihak Amerika dan Israel semalam di Washington.

Hillary Clinton, Menteri Luar Amerika menyatakan bantahan bagi pembinaan penempatan yang baru di Tebing Barat. Beliau berkata, pandangan Presiden Amerika, Barrack Obama berhubung perdamaian di Timur Tengah yang menetapkan agar aktiviti pembinaan penempatan Yahudi dibekukan . Jelasnya lagi, masalah ini adalah terlalu penting dan mesti dihentikan.

Namun demikian, Clinton berkata, utusan Amerika Syarikat di Timur Tengah, George Mitchell akan menjalankan lagi perbincangan yang berkaitan isu penempatan dengan Israel.

Berkata Avigdor Lieberman, Menteri Luar Israel berkenaan pembinaan penempatan bahawa memang ada persetujuan dengan Pentadbiran Amerika sesi lepas yang juga tidak menerima pandangan Pentadbiran Amerika sekarang yang membekukan pembinaan, malah membenarkan pembinaan yang berkembang dengan normal.

Pun begitu, Lieberman turut mempamerkan sikap Perdana Menteri Israel yang bersedia mengadakan perbincangan secara langsung seberapa segera dengan Palestin.

Berikutan "wujudnya persetujuan dan persefahaman", Clinton berkata dalam sejarah Pentadbiran Amerika yang lalu tidak ada satu jaminan kepada mana-mana persepakatan yang tidak rasmi atau secara lisan yang mesti dilaksanakan.

Sebelum ini, wakil Israel telah menyatakan bahawa Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel akan bertemu dengan Mitchell di Eropah pada minggu akan datang. Dinyatakan lagi, pertemuan itu adalah usaha bagi mencapai persetujuan berhubung pembinaan penempatan Yahudi.

Mitchell ketika perjumpaan dengan wakil Israel pada selasa lepas menjelaskan adanya beberapa pengenalan bagi memahami maksud "pertumbuhan normal" yang selalu dibicarakan oleh Israel. Mitchell berkata, "kami sedang berusaha mencapai persetujuan dan persefahaman bagi membantu menggerakkan usaha perdamaian." Sumber 18/06/09, web berita Al-Jazeerah


Catatan yang dilampirkan di atas adalah catatan ringkas. Pihak MAP hanya mencatatkan apa yang termampu. Sumber utama berdasarkan berita al-Jazeerah. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila klik mana-mana rangkaian berita dalam kolum paparan berita.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS