Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Laporan menarik:
Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':
24 Jun 2012
- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.
Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.
29 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.
- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.
30 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.
- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.
Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:
- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel
- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya
- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16
- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera
- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin
- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah
Perarakan bantahan tembok pemisah di Tebing Barat, Israel rancang roboh lagi rumah Palestin
Pertahankan hak meskipun anggota keamanan Palestin wujud dalam bayangan
Read more...
Negara Islam bangkang bentuk Ketenteraan Islam - Oğlu
29 Januari 2010
Oğlu menyatakan kepada sebuah akhbar Turki, bahawa "OIC telah mengemukakan cadangan ini ketika pertemuan Menteri-menteri Luar Negara Anggota OIC berlangsung pada bulan 5, tahun lepas dan laporan
berhubung pembentukan gabungan ketenteraan Islam itu telah disediakan. Bagaimanapun, setelah laporan tersebut diteliti dari pihak yang pakar mendapati sebahagian dari Negara Islam yang juga anggota OIC telah membuat bangkangan kerana meyakini bahawa waktu masih terlalu awal untuk membentuk gabungan tentera Islam.Dari sudut lain, Oğlu menyatakan tindakan memisahkan(mengasingkan) Taliban dari arena politik Afghanistan adalah satu kesilapan. Jelas beliau, teramat penting gerakan Taliban digabungkan di peringkat politik kerana pengasingan Taliban akan meyukarkan tercapainya penyelesaian berhubung konflik yang berlaku masa ini.
Beliau menjelaskan lagi, dengan penggabungan Taliban dalam arena politik Afghanistan adalah demi pembebasan Afghanistan dari dunia barat yang mengerumuninya(Afghanistan). Hal sedemikian ternyata boleh dilakukan dengan perantaraan Turki ataupun mengadakan pertemuan antara sekumpulan dari Ulamak melalui Pertubuhan OIC. Sumber 29/01/2010, web berita al-Watan(Kuwait)

















