الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Ceroboh Gaza, tangkap 11 Palestin di Jenin

04 Mac 2010

Menurut sumber, satu unit dari jentera ketenteraan Israel menceroboh utara Beit Lahiya, barat laut Gaza. Sebagaimana yang dinyatakan, pencerobohan tersebut adalah bagi mengawal pagar keselamatan yang memisahkan Gaza-Israel. Bagaimanapun, buldozer Israel turut meratakan satu kawasan tanah penduduk Palestin di kawasan terbabit.

Sementara itu, tentera penjajah menangkap 11 penduduk Palestin awal pagi semalam di Jenin, Tebing Barat. Sumber menjelaskan, 2 pemuda Palestin dari kalangan yang ditangkap itu mengalami cedera parah akibat tembakan dari tentera Israel dalam satu serangan hendap di Kota Yamun. Sumber 04/03/2010, suratkhabar Shourouk

Read more...

Amerika Syarikat hargai usaha Netanyahu tangguh rancangan meroboh rumah Arab di Timur Al-Quds

03 Mac 2010

Amerika Syarikat(US) menghargai campur tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang telah menangguhkan rancangan merobohkan puluhan buah rumah Arab Palestin di daerah Silwan, Timur Al-Quds, lapor Jabatan Rasmi Negara kepada wartawan pada Selasa kelmarin.

Gambar: Datuk bandar Al-Quds nekad untuk merobohkan 50 buah bangunan Arab Palestin di silwan kerana mendakwa pembinaan rumah tersebut tanpa permit.

Semalam, pihak berkuasa Israel telah mengumumkan pembinaan sebuah taman arkeologi baru di Baitulmaqdis, selaras dengan tindakan merobohkan berpuluh-puluh buah rumah Arab Palestin, namun ia dijangka memarakkan lagi kemarahan warga Palestin di kota suci ini.

Berikutan itu, Netanyahu telah mendesak Datuk Bandar Baitul Maqdis, Nir Barkat untuk mempertimbangkan semula rancangan tersebut bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang ketegangan di masa akan datang.

Netanyahu mengatakan bahawa, walaupun begitu beliau tidak mahu campur tangan dalam hal-hal berkaitan pentadbiran apatah lagi meremeh-remehkan kuasa datuk bandar itu.

Nir Barkat dalam kenyataannya berkata, pengumuman tersebut melibatkan pembinaan sebuah projek di Taman Raja(king's garden), nama Hebrew bagi kawasan di luar Kota Lama Baitulmaqdis.

Kawasan berkenaan adalah sebahagian daripada 'Lembah Suci', dipercayai penganut Yahudi sebagai tapak Baitulmaqdis purba semasa zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.

Kini penduduk Arab adalah majoriti di kawasan tersebut, di bahagian kota suci yang diduduki Israel dalam Perang Asia Barat 1967 dan dirampas menjadi sebahagian wilayahnya dalam langkah yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Jika diteruskan, projek itu boleh memarakkan lagi kemarahan penduduk Arab berikutan pertempuran pada awal minggu ini antara penduduk Palestin dengan polis Israel yang menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Media Israel melaporkan, rancangan berkenaan melibatkan rancangan merobohkan berpuluh-puluh rumah yang dibina tanpa permit oleh pihak berkuasa Israel(menurut dakwaan Israel), sesetengahnya berusia puluhan tahun, dan pembayaran pampasan kepada para pemiliknya dalam bentuk premis perniagaan di taman baru itu.

Projek itu juga dijangka melibatkan pemberian kelulusan untuk sebuah bangunan tujuh tingkat yang dibina tanpa permit oleh pendatang haram Yahudi pada 2004 di kawasan yang sama. Pada bulan lepas, sebuah mahkamah Israel mengarahkan bangunan itu disita.

Mengikut perancangan, Barkat sedang berusaha mendapatkan persetujuan daripada penghuni yang mendiami 89 bangunan haram(dakwaan Israel) yang terletak dalam kawasan penduduk Palestin yang dikenali sebagai Al-Bustan atau Gan Hamelech supaya bersetuju kawasan tersebut dirobohkan.

Walau apa pun, Barkat berjanji kepada Netanyahu bahawa dia akan tetap berusaha mendapatkan persetujuan itu dan sekarang hanya menunda pelaksanaan rancangan tersebut. Sumber 03/03/2010, web berita haaretz.com dan web berita utusan.com, serta ringkasan dari web berita al-Jazeerah

Nota: Maklumat yang dilampirkan hanyalah berkaitan dengan pendirian Israel.

Baca lagi di:

Read more...

2 suspek yang membunuh Mabhuh ke Amerika

02 Mac 2010

Menurut sebuah tulisan dari majalah Wall Street menyebut 2 suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Mohammad Abdul Rauf Al-Mabhuh, seorang pemimpin HAMAS memasuki Amerika Syarikat setelah operasi pembunuhan selesai.

Sementara itu, sumber agensi berita melaporkan Ketua Polis Umum Dubai, Dhahi Khalfan Tamim meminta Washington jalankan siasatan berhubung kad kredit yang dikeluarkan salah sebuah bank Amerika yang digunakan dalam operasi bunuh Mabhuh. Sumber 02/03/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

Seorang pejuang dari Alwiyah syahid

01 Mac 2010

Jurucakap rasmi sebuah kumpulan pejuang Palestin di Gaza, Alwiyah Naseer Solahuddin iaitu Abu 'Ataya dalam kenyataannya mengumumkan salah seorang dari pejuang Alwiyah syahid berikutan pengeboman dari meriam Israel di kawasan Buurah abu Samrah, utara Beit Lahiya, Gaza.

Abu Ataya ketika menghubungi agensi berita, berkata, "syahid bernama Mohammad Asyraf, 20 mengikuti satu unit pengawasan dari kumpulan pejuangnya."

Menurut saksi, bahawa Israel melepaskan 4 tembakan artilerinya di kawasan berkenaan mengakibatkan seorang penduduk Palestin parah serta-merta dibawa ke hospital.

Sumber dari perubatan turut mengesahkan seorang penduduk yang bernama Kamal Udwan mengalami luka parah akibat pengeboman Israel.

Sementara itu, sumber menyatakan lagi, meriam Israel melepaskan beberapa tembakan ke arah beberapa buah rumah di Kampung Badawiyah, utara Gaza. Bagaimanapun tiada kejadian melibatkan kehilangan nyawa mahupun kecederaan dilaporkan. Sumber 01/03/2010, web berita maannews.net

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS