الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

AL-QASSAM serah Shalit kepada Mesir

18 Oktober 2011

Televisyen Mesir menayangkan seketika operasi penyerahan Gilad Shalit dari pihak HAMAS kepada Pihak Berkuasa Mesir di sempadan Rafah.

Sewaktu penyerahan, Shalit hanya berpakaian biasa tanpa seragam tentera.

Gambar(petikan ynet): Shalit bertopi ketika operasi penyerahan berlangsung di sempadan Rafah. Turut kelibat anggota perisikan Mesir dan anggota tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, menurut Al-Arabiah.

Kesihatan Shalit dilaporkan baik. Menurut berita AL-ARABIAH, Shalit telah tiba di selatan Israel(tanah jajahan), kemudian akan dibawa menaiki helikopter menuju ke pengkalan Tel Nof Israel. Sumber 18/10/2011, berita Al-Jazeerah dan berita Al-Arabiah

Klip berita penyerahan Shalit

Sumber 18/10/2011, youtube.com

Read more...

Gambar: Persediaan dan penantian ketibaan tahanan Palestin

Seorang dari tahanan Palestin berada dalam trak zionis.

Trak dan bas yang membawa sebilangan para tahanan Palestin. Gaza tidak jemu
menanti ketibaan mereka.

Kawalan keselamatan yang ketat di sempadan Rafah Gaza. Kelihatan anggota tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan. Anggota-anggota polis Palestin di Gaza juga dikerahkan mengawal keselamatan.

AL-QASSAM berkawal di pintu sempadan Rafah Palestin.




Di Ramallah, Tebing Barat..penduduk Palestin turut menanti tahanan Palestin
yang bakal dibebaskan di Tebing Barat.




Di Semenanjung Gaza(bawah), penduduk Palestin keluar beramai-ramai bagi
meraikan hari kegembiraan pembebasan tahanan Palestin.





Persediaan menanti tahanan Palestin.





Banner percetakan sedia menyambut ketibaan tahanan Palestin.

Sumber 18/10/2011, web berita وفاء الأحرار

Read more...

Gambar: Keriangan dan kemenangan

KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM sayap tentera gerakan HAMAS mengambil langkah berjaga-jaga sejak dari semalam. Menurut sumber Palestin dan AL-QASSAM, tujuan langkah ini adalah bagi mengawal keselamatan dan meraikan hari pembebasan tahanan. Kerajaan Palestin di Gaza mengumumkan hari pembebasan tahanan Palestin adalah hari cuti rasmi.


Anggota tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.

Sebuah dari rombongan tahanan Palestin yang dikawal ketat ketika melepasi keluar dari kawasan penjara Ktzi'ot.

Menurut sumber dari Semenanjung Gaza, sejak semalam penduduk Palestin menyambut keriangan menanti tahanan-tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara penjajah hari ini.

Beberapa rombongan dari tahanan Palestin dipindahkan dari penjara Ktzi'ot dengan bas-bas dan trak-trak Jabatan Penjara Israel. Menurut pemberita AL-JAZEERAH, para tahanan Palestin dibawa dalam keadaan tangan dan kaki diikat sambil mata ditutup, malah tingkap-tingkap bas serta trak digelapkan. Mengulas hal ini, pemberita AL-JAZEERAH berkata, tujuan dilakukan sedemikian adalah tidak mahu memberikan peluang kepada tahanan Palestin bagi menunjukkan simbol kemenangan.




Sebuah dari rombongan tahanan Palestin yang dikawal ketat ketika melepasi keluar dari kawasan penjara Ktzi'ot.

Salah satu laluan rombongan tahanan Palestin.

Sumber gambar, web berita وفاء الأحرار

Read more...

Bas bawa tahanan menuju ke jalan pembebasan

Laporan jam 03:25 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 03:25 pagi, waktu Mesir
Jam 09:25 pagi, waktu Malaysia

GAZA - Siaran-siaran berita antarabangsa mula menyiarkan liputan secara langsung berhubung tahanan-tahanan Palestin yang dibebaskan melalui perjanjian penukaran dengan Gilad Shalit.

Gambar(Al-Jazeerah): Rombongan pertama yang membawa tahanan Palestin yang dibebaskan menuju ke destinasi yang bersempadan dengan tanah Mesir.

Siaran terbabit memaparkan beberapa buah bas yang membawa tahanan Palestin bertolak keluar dari penjara padang pasir 'Naqab' menuju ke penjara Ofer di Ramallah, Tebing Barat, begitu juga bas-bas yang membawa tahanan Palestin menuju ke sempadan Mesir.

Seiring pergerakan bas, sebahagian besar tentera rejim zionis turut dikerahkan ke laluan bas. Kelibat puluhan buah kenderaan di hadapan bas dan bergerak dari belakang juga dilihat jelas.

Sebagaimana yang dijadualkan, bas-bas yang membawa tahanan Palestin akan tiba ke destinasinya pada jam 06:00 pagi.

Sebentar tadi, pemberita AL-JAZEERAH melaporkan rombongan kedua yang membawa sebilangan besar tahanan Palestin masih sedang bersiap sedia untuk bertolak keluar dari kawasan penjara menuju ke Terminal Karem Abu Salem. Sumber 18/10/2011, berita Al-Jazeerah dan web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS