Israel bebas Speaker Majlis Legislatif Palestin
24 Jun 2009
Beberapa jam selepas dibebaskan dari penjara Israel, Aziz Duweik, Speaker Dewan Legislatif Palestin (PLC) menyeru supaya dibebaskan semua tahanan politik di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Duweik dalam kenyataannya berkata, barisan kepimpinan Palestin yang berada dalam tahanan Israel menggesa agar diselesaikan kes tawanan ini dengan segera. Diiktibarkan kes ini mesti diutamakan supaya tidak menghalang usaha bagi mencapai penyatuan antara Palestin.
Menurut sumber, Israel membebaskan Duweik semalam setelah 3 tahun berada dalam penjara Israel.
Pada asalnya Duweik akan dibebaskan pada Ogos akan datang, tetapi Mahkamah Tentera Israel telah membantah satu tuntutan yang meminta supaya tempoh penahanan di panjangkan ke atas Duweik.
Sumber rasmi HAMAS berkata, pembebasan Duweik akan mengukuhkan Majlis Legislatif Palestin malah mengembalikan keseimbangan di Tebing Barat.
Sementara itu, Mahmoud Abbas (Presiden Palestin yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) mengucapkan tahniah kepada Duweik dengan pembebasan itu.
Pada Ogos/2006, Duweik telah ditangkap tentera Israel dalam rumahnya di Ramallah. Penangkapan tersebut adalah selepas 6 bulan berlangsungnya pilihanraya yang melayakkan Duweik menjawat speaker PLC. Dalam pilihanraya tersebut, gerakan HAMAS telah mendapat undian majoriti suara.
Tentera Israel turut menangkap berpuluh lagi ahli parlimen HAMAS bersama Duweik sejurus selepas anggota HAMAS dan kumpulan pembebasan yang lain menangkap seorang tentera Israel sebagai tawanan ketika melalui garisan sempadan yang memisahkan antara Gaza dengan Israel. Dengan penangkapan tersebut, mengakibatkan Dewan Legislatif Palestin lumpuh berikutan dewan tersebut dikuasai oleh HAMAS sejak mendapat majoriti suara yang melebihi
gerakan FATAH (Pengerusi FATAH, Mahmoud Abbas).
Pihak antarabangsa mengecam Israel kerana menangkap Dr.Aziz Duweik yang telah mencapai umur 60 tahun. Selain itu, pengecaman terhadap Israel kerana Duweik menghidap darah tinggi dan kencing manis. Ketika dalam tahanan Israel, Duweik kerap di bawa ke hospital di Israel bagu tujuan rawatan. Sumber 23-24/06/09, berita Al-Jazeerah
____________________________________________________________________
Berita lain
95 anggota JIHAD ISLAMI ditangkap
Sumber rasmi dari salah satu kumpulan pembebasan Palestin, JIHAD ISLAMI mengatakan Pihak Keamanan Palestin di Tebing Barat telah menangkap 95 anggotanya. Sumber 24/06/09, berita Al-Jazeerah
Tentera Israel dibom ketika menceroboh
ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, antara kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza mengumumkan pihaknya telah mengebom sepasukan tentera Israel di timur Khan Yunus. Dinyatakan, pejuang Palestin melakukan pengeboman ketika menghadang tentera Israel yang menceroboh Gaza. Sumber 24/06/09, berita Al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan