الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Wajah politik Israel

12 Julai 2009

Israel tangkap 9 Palestin

Menurut sumber, sepasukan tentera penakluk (Israel) menangkap 9 warga Palestin di Tebing Barat.

Sementara itu, sumber juga melaporkan, Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) mengajak Mahmoud Abbas (Presiden Palestin yang telah tamat tempoh jawatannnya menurut HAMAS) untuk diadakan pertemuan di Beer Sabiek. Dijelaskan, tujuan Netanyahu yang sedemkian itu adalah bagi membincangkan usaha perdamaian.

Bagaimanapun, sumber melaporkan bahawa Mahmoud Abbas meminta Israel menghentikan pembinaan penempatan Yahudi jika mahu mengadakan semula rundingan damai dengan Palestin. Sumber 12/07/09, berita Al-Jazeerah


Read more...

Usaha Mesir perbaiki dalaman Palestin

10 Julai 2009

Gambar : petikan dari web berita al-Jazeerah, 10 Julai 2009

Bagaimana nasib mereka?

Al-Jazeerah melaporkan berkenaan rundingan penukaran tahanan Palestin dengan tentera Israel yang ditawan. Sehingga kini, persoalan terus berputar..bagaimanakah nasib yang berada dalam penjara Israel? Gambar di atas adalah sebahagian daripada warga Palestin yang ditahan dalam penjara Israel. Mengikut perangkaan, warga Palestin yang ditangkap tentera Israel mencecah jumlah 11,000.

Sebelum ini, adanya rundingan bagi membebaskan sebahagian kecil warga Palestin sebagai tukaran dengan seorang tentera Israel yang berada dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza, namun tiba saat untuk mengumumkan tarikh tercapainya persepakatan, harapan itu menjadi kelam. Israel bertanggungjawab gagalnya rundingan tersebut. Sewajarnya, Mesir yang berperanan sebagai 'orang tengah' perlu lebih menekan Israel. Tambahan pula, kewujudan pertubuhan-pertubuhan yang membela kemanusiaan, tetapi ke mana mereka? Sepatutnya, pihak ini juga mesti memahami, mereka juga bertanggungjawab untuk membela warga Palestin yang meringkuk dalam penjara Israel.

Berhubung tentera Israel yang berada dalam tawanan pejuang Gaza, ianya kembali kepada sikap Israel. Sekiranya, Israel serius mahukan Gilad Shalit dibebaskan, maka Israel perlu jujur apabila mengadakan rundingan. Israel, jujur dan masih boleh dipercayai..?
___________________________________________________________________________


Utusan keamanan Mesir bertemu Mahmoud Abbas


Menurut sumber, delegasi utusan dari pihak keamanan Mesir hari ini mengadakan pertemuan dengan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin (jawatan Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) di Ramallah.

Sebelum itu, utusan tersebut telah bertemu dengan pemimpin gerakan HAMAS dan FATAH di Ramallah. Sebagaimana yang dilaporkan, utusan Mesir datang ke Ramallah dengan membawa beberapa cadangan dan pandangan dari pemimpin HAMAS di Syria ketika pertemuan semalam. Sumber 10/07/09, berita Al-Jazeerah


Abu Mazen ke Turki

Sumber melaporkan, Abu Mazen (Mahmoud Abbas) akan mengadakan kunjungan ke Ankara, Turki pada 16 Julai akan datang. Dijadualkan, Abu Mazen akan bertemu dengan Presiden Turki, Abdullah Gul dan Perdana Menteri Turki, Receip Tayyip Erdogan.

Media menyatakan, pertemuan antara dua pihak itu adalah bagi membincangkan keadaan dan perkembangan terkini di Timur Tengah, usaha bagi mencapai penyelesaian konflik dalaman Palestin dan perkembangan Palestin. Sumber 10/07/09, suratkhabar Shourouk


Polis Paris tangkap pengganas Yahudi

Semalam, sumber menukilkan laporan berkenaan sebuah kedai buku di Paris yang mendokong isu dan permasalahan Palestin diancam beberapa pemuda Yahudi. Sumber 09/07/09, berita Al-Jazeerah

Berita penuh: Polis Paris telah menangkap empat pemuda Yahudi yang ada hubungan dengan sebuah pertubuhan Yahudi yang masyhur di Paris kerana melakukan keganasan dan menimbulkan kekacauan.

Siasatan ke atas mereka yang ditangkap berhubung merosakkan sebuah kedai buku yang mendokong isu Palestin. Dinyatakan, lima pemuda yang menutup muka, berpakaian sukan yang berwarna gelap sambil memegang botol yang mengandungi minyak dan sebatang kayu telah menceroboh kedai buku tersebut selepas zohor dan memecahkan peralatan kedai. Sumber 10/07/09, suratkhabar Shourouk


Notis roboh rumah Palestin

Sumber melaporkan, Wakil dari Kerajaan Palestin di Ramallah(Pihak Berkuasa Palestin) berkata Kerajaan Israel telah memberikan notis untuk merobohkan rumah warga Palestin di Hayyu Bustan di Salwan, Al-Quds. Wakil tersebut menyifatkan, notis seperti itu adalah jenayah 'penghapusan etnik' sambil meminta pihak antarabangsa campur tangan dengan segera.

Ahmad Al-Ruwaidhi, Pengerusi Kesatuan Al-Quds yang juga peguam dalam kenyataannya berkata, "notis pemberitahuan bagi operasi meroboh yang baru ini adalah mengesahkan lagi niat Israel untuk menghalau 1500 penduduk Palestin di Al-Quds setelah rumah yang ke 88 dirobohkan dan amat memberi bahaya".

Beliau turut mengingatkan, Israel cuba menimbulkan fitnah antara penduduk di Hayyu Bustan. Sumber 10/07/09, web berita Al-Jazeerah


Hapus bantuan yang luput tarikh

Kerajaan Mesir telah memutuskan untuk menghapuskan longgokan bekalan bantuan makanan yang berada di pintu masuk sempadan Rafah disebabkan tarikh luput. Langkah penghapusan itu adalah kali kedua semenjak Israel menyerang Gaza.

Wakil Mesir menjelaskan, bekalan bantuan makanan tersebut yang bertimbun dan tidak dapat bawa masuk ke Gaza kerana proses yang merumitkan di pihak Israel. Lantas, bekalan bantuan tersebut tidak dapat bawa masuk ke Gaza melalui sempadan(pintu masuk) Aujah yang dikhususkan untuk laluan perdagangan ke Gaza yang berhubung dengan Israel(juga tanah Palestin yang dirampas).

Kesemua barang makanan yang dihapuskan(bakar) itu dianggarkan sebanyak 680 kilogram. Dinyatakan, antara bekalan bantuan makanan adalah kacang, bahan agrokimia, dan ubat-ubatan yang telah tamat tempoh. Sumber 10/07/09, web berita Al-Jazeerah


Read more...

Palestin di G8

09 Julai 2009

Utusan keamanan Mesir di Ramallah


Menurut sumber, utusan dari pihak keamanan Mesir tiba di Ramallah hari ini.

Semalam, delegasi utusan tersebut berada di Damshik bertemu dengan wakil-wakil tertinggi Kumppulan-kumpulan Pembebasan Palestin (yang berada di luar tanah Palestin) di Syria.
Sumber 09/07/09, berita Al-Jazeerah


G8 gesa buka sempadan Semenanjung Gaza, Silvio sokong ekonomi Palestin


Persidangan G8 (kumpulan lapan Negara) yang sedang berlangsung pada 8-10 Julai 2009 di Itali menumpukan kepada perbincangan utama yang me
landa dunia. Sebagaimana yang dilaporkan, perbincangan dalam persidangan G8 tertumpu kepada kedudukan ekonomi global, krisis ekonomi, perubahan iklim dan pemanasan global.

Selain itu, perbincangan dalam persidangan G8 juga akan menyentuh tentang pembangunan. G8 yang diadakan di Itali di anggotai lapan buah Negara, iaitu Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Perancis, Russia, dan United Kingdom.

Pada hari pertama persidangan G8 berlangsung, mereka bersetuju untuk menyelesaikan beberapa permasalahan dari sudut diplomasi/politik dengan mengadakan rundingan khusus dalam tempoh dua bulan sebelum memutuskan ketetapan yang baru.

Selain menyentuh menyebut tentang program nuklear Iran, turut digesa agar dibukakan segera sempadan yang menghubungi dengan Semenanjung Gaza. Dari sudut ekonomi pula, Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi mengumumkan pelancaran pelan utama bagi menyokong ekonomi Palestin.

Gambar : dari kiri,
Silvio Berlusconi (Perdana Menteri Itali) dan Barrack Obama (Presiden Amerika Syarikat) ketika dalam persidangan G8

Sumber memetik laporan dari sebuah akhbar Itali, berkata Berlusconi yang memberi cadangan bagi menumbuhkan sebuah kumpulan bantuan yang disertai pihak tertentu bagi menjamin kemasukan untuk ekonomi Palestin.

Dengan demikian itu, cadangan Berlusconim juga hampir dengan kenyataan Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel.
Sumber 09/07/09, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah

Nota : Sempadan Semenanjung Gaza hanya disebut secara umum tanpa ditentukan sama ada sempadan yang menghubungkan antara Semenanjung Gaza dengan Israel atau Sempadan Rafah; Mesir dengan Semenanjung Gaza.

Rujukan lain :


1) G8 [kumpulan lapan Negara] (
wikipedia, bahasa melayu)
2) G8 [kumpulan lapan Negara] (
wikipedia, 8-10 Julai 2009, Itali)
2) Silvio Berlusconi (wikipedia,
bahasa melayu & bahasa english
)


Amus di Kaherah

Menurut sumber, Amus Gilad, pegawai di Kementerian Pertahanan Israel tiba di Kaherah hari ini. Dinyatakan, kunjungan Amus ke Kaherah untuk mengadakan perbincangan dengan wakil keamanan Mesir berhubung persepakatan gencatan senjata di Semenanjung Gaza dan rundingan pembebasan Gilad Shalit. Sumber 09/07/09, berita Al-Jazeerah


Read more...

Penangkapan masih berterusan

08 Julai 2009

Lagi warga Palestin ditangkap

Menurut sumber, sepasukan tentera penakluk (Israel) menangkap 13 warga Palestin di Tebing Barat. Sumber 08/07/09, berita Al-Jazeerah

Berita penuh: Tentera penakluk (Israel) menangkap 13 warga Palestin hari ini. Operasi penangkapan di beberapa buah tempat di Tebing Barat itu seiring usaha bagi mengadakan rundingan penukaran tahanan bagi membebaskan Gilad Shalit.

Sumber dari Israel yang dipetik oleh agensi berita Ma'an Palestin, berkata tentera Israel telah menangkap 13 warga Palestin yang "dikehendaki" itu dari beberapa buah tempat di Tebing Barat.

Sumber tidak menyebutkan gerakan atau kumpulan yang mereka sertai, bagaimanapun kesemua yang ditangkap di bawa ke bahagian keselamatan untuk siasatan. Sumber 08/07/09, web berita Al-Jazeerah

Fakta: Gilad Shalit (seorang tentera Israel), hingga kini masih berada dalam tawanan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza. Shalit ditangkap pejuang Palestin di Semenanjung Gaza dalam satu operasi serangan hendap ke atas sebuah pengkalan tentera Israel. Dalam serangan tersebut, dua tentera Israel turut terbunuh. Operasi ini berlaku pada 25 Jun 2006.

Jumlah warga Palestin yang meringkuk di dalam penjara Israel pula sebanyak 11,000. Dinyatakan, sekitar 400 yang ditahan itu adalah dari kalangan kanak-kanak.


Menteri Hal Ehwal Al-Quds letak jawatan

Sumber melaporkan, Salam Fayyad, Perdana Menteri Kerajaan Sementara Palestin yang baru menerima perletakan jawatan dari seorang menterinya. Menteri tersebut, Hateem Abd Qadir yang menjawat portfolio Hal Ehwal Al-Quds bertindak meletakkan jawatan berikutan Kementerian Kewangan Palestin tidak memperuntukkan jumlah perbelanjaan yang sewajarnya.

Hateem yang ditemui pemberita pada 03/07/09 menjelaskan, beliau meletakkan jawatan bukan kerana masalah peribadi tetapi berikutan sebab yang dinyatakan di atas.

Bagaimanapun, beliau meminta Arab dan Liga Arab bertindak segera mempertahankan Al-Quds. Sumber 08/07/09, berita Al-Jazeerah


Utusan Mesir ke Syria dan Ramallah

Menurut sumber, utusan Mesir menemui Khaled Mashal, Ketua Biro Politik HAMAS dan Ramadhan Shallah di Syria hari ini. Sumber 08/07/09, berita Al-Jazeerah

Berita penuh: Sumber-sumber dari Palestin menjelaskan, sebuah delegasi dari pihak keamanan Mesir telah tiba di Ramallah hari ini. Dinyatakan, tujuan kunjungan delegasi tersebut adalah bagi mengadakan perbincangan berhubung cara dan jalan untuk menjayakan usaha dialog Palestin.

Agensi berita Jerman yang memetik laporan sumber Palestin, mengatakan Mejar Jeneral Muhammad Ibrahim,Pembantu Ketua Bahagian Perisikan Am Mesir, Mejar Jeneral Omar Sulaiman yang diiringi Ketua Pejabat Perisikan Mesir, ahmad Abdul Khalik dijadualkan tiba di Ramallah untuk bertemu wakil tertinggi Kerajaan Palestin Ramallah. Sebaliknya, tidak dapat dipastikan delegasi tersebut itu akan mengadakan kunjungan ke Semenanjung Gaza yang berada bawah penguasaan HAMAS semenjak dua tahun yang lalu.

Sebelum itu, delegasi tersebut mengadakan pertemuan dengan wakil HAMAS (Khaled Mash'al) dan JIHAD ISLAMI di Damshik, Syria. Pertemuan itu bertujuan mencari penyelesaian berikutan masih wujud halangan yang menyukarkan tercapainya persepakatan dalam dialog Palestin yang dijangkakan akan diadakan pada 25 Julai akan datang di Kaherah.

Sebelum itu, Setiausaha Sulit bagi Panitia Tertinggi Palestin, Khaled Abdul Majid, berkata lawatan delegasi Mesir ke Damshik seiring dengan tindakan Syria, Mesir dan Arab Saudi yang berusaha menyelesaikan beberapa isu berhubung perbincangan yang berkaitan dalam perbahasan dialog Palestin.

Empat perkara utama merupakan perbahasan paling rumit, seperti kes tahanan politik di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, Bahagian Keselamatan yang menggabungkan semua pihak di Semenanjung Gaza, pilihanraya Palestin dan Panitia Tertinggi yang akan menyelia persetujuan ini.

Sumber Palestin menyatakan kepada Al-Jazeerah, Mesir mempunyai perancangan yang disifatkan sempurna dan bersesuaian bagi mengakhiri krisis dalaman Palestin, persepakatan gencatan senjata dengan Israel dan penyelesaian konflik berhubung seorang tentera Israel yang berada dalam tawanan di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, sumber menjelaskan, perancangan Mesir berhubung isu yang berbagai-bagai itu dikemukakan kepada HAMAS dan gerakan JIHAD ISLAMI sebagai pemerhatian mereka sebelum delegasi itu bertolak ke Ramallah untuk membincangkannya dengan Mahmoud Abbas dan beberapa pemimpin gerakan FATAH. Sumber 08/07/09, web berita Al-Jazeera dan web berita Shehab.ps


Washington benar Israel teruskan bina penempatan Yahudi

Sumber dari Israel (Maariv, akhbar Israel berbahasa Hebrew) melaporkan Washington membenarkan Israel terus membina 2500 unit perumahan Yahudi.

Dinyatakan, hal tersebut ketika pertemuan utusan Amerika Syarikat, George Mitchell dan Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel di London baru-baru ini (06/07/09, berita Al-Jazeerah).

Ketika selesai mengadakan pertemuan dengan Mitchell pada 06/07/09, Ehud Barak mengumumkan tercapainya beberapa pendekatan dalam pertemuan itu.

Berhubung pembinaan penempatan Yahudi pula, Simon Perez berkata Israel tidak berniat untuk menambah lagi pembinaan penempatan yang baru.

Dalam pertemuan dengan Presiden Mesir semalam, Perez juga mengakui penyelesaian konflik bagi Israel adalah dengan penubuhan dua buah Negara. Sumber 08/07/09, berita Al-Jazeerah




Read more...

Pertemuan dua pemimpin

07 Julai 2009

Perez jumpa Mubarak


Menurut sumber, Presiden Israel, simon Perez mengadakan pertemuan dengan Presiden Mesir, Housni Mubarak. Pertemuan antara pemimpin tersebut berlangsung di Kaherah hari ini. Sumber 07/07/09, berita Al-Jazeerah

Gambar : Presiden Mesir, Housni Mubarak (kanan) dan Presiden Israel, Simon Perez (kiri) ketika sesi persidangan akhbar dengan wartawan.


5 Palestin ditangkap

Sumber melaporkan, sepasukan tentera Israel telah menangkap 5 warga Palestin di Tebing Barat semalam. Sumber 07/07/09, suratkhabar Al-Ahram


Read more...

Ancaman terhadap dialog Palestin

03 Julai 2009

Lagi 14 anggota HAMAS ditangkap

Menurut sumber, HAMAS menyatakan Pihak Keselamatan Palestin telah menangkap 14 anggotanya semalam di Tebing Barat. Sumber 03/07/09, berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS