الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Catatan masa tentangan sengit di Gaza pada 08/04/2011

09 April 2011

[Turutan bermula dari bawah]

11.51 malam, Palestin/Mekah(10.51 malam, Mesir): Zionis mengebom sebuah kereta di Hayyu Ad-Durj, Gaza. Kecederaan tidak dilaporkan.

11.43 malam, Palestin/Mekah(10.43 malam, Mesir): Pesawat tempur zionis menyerang sebuah rumah tanpa penghuni di Mukhayyam Jabaliyah, utara Gaza. Tidak ada laporan mengenai kecederaan.

10.12 malam, Palestin/Mekah(09.12 malam, Mesir): Menteri Luar Gaza, Muhammad Audh berharap ada tindakan segera bagi menghentikan serangan zionis.

09.59 malam, Palestin/Mekah(08.59 malam, Mesir): Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu berkata, serangan ke atas Gaza mengambil masa selama beberapa hari tanpa melibatkan operasi ketenteraan yang lebih meluas.

09.35 malam, Palestin/Mekah(08.35 malam, Mesir): Pengeboman terbaru berdekatan stesen Al-Khazindar di kawasan At-Tawwam, utara Gaza.

09.33 malam, Palestin/Mekah(08.33 malam, Mesir): Mahmoud Abbas mengemukakan kedudukan terkini Palestin kepada kedutaan-kedutaan Arab di Mesir.

07.58 malam, Mesir
01.58 pagi(09/04/2011), Malaysia

08.58 malam, Palestin/Mesir(07.58 malam, Mesir): Pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN umum mengebom Askalan dengan dua serangan roket. Kata ALWIYAH, sistem iron dome penangkis roket yang baru dipasang tentra zionis gagal menghadang serangan roket.

08.44 malam, Palestin/Mesir(07.44 malam, Mesir): Seorang tentera zionis cedera akibat satu serangan mortar yang gugur di kem tentera zionis. Lapor lagi, seorang warga haram juga tercedera di Naqab akibat serangan mortar.

08.03 malam, Palestin/Mekah(07.03 malam, Mesir): Sebatang jalan di barat Naqab(tanah jajahan 1948) rosak akibat serangan roket Palestin. -Yedioth Ahronoth-

07.49 malam, Palestin/Mekah(06.49 malam, Mesir): Menteri Dalam Negera Palestin di Gaza merayu kepada penduduk agar tidak berkumpul di kawasan-kawasan yang telah menjadi sasaran serangan zionis.

07.45 malam, Palestin/Mekah(06.45 malam, Mesir): KATAIB AL-QASSAM mengebom lokasi perisikan zionis di timur Karem Abu Salem dengan 3 serangan peluru mortar.

Petang tadi, tiada catatan waktu, kumpulan pejuang KATAIB NUSUUR FALESTIN menghadang kemaraan infantri zionis(tentera pejalan kaki) dari sebuah trak pengangkut selepas menceroboh timur Qararah.

Berlaku pertempuran sengit antara pejuang dengan tentera rejim, malah kereta kebal zionis yang berkumpulan di lokasi berkenaan melepaskan tembakan meriam.

07.45 malam, Palestin/Mekah(06.45 malam, Mesir): ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengebom lokasi tentera zionis 'Zekim' dengan roket jenis 'Naseer'.

07.13, malam, Palestin/Mekah(06.14 malam, Mesir): SARAYA AL-QUDS mengumumkan pejuangnya mengebom lagi Nehal Auz dengan 3 serangan mortar.

07.08, malam, Palestin/Mekah(06.08 malam, Mesir): KATAIB AL-QASSAM umum seorang pejuangnya syahid berikutan terkena serangan zionis di utara Gaza asar tadi.

06.58 petang, Palestin/Mekah(05.58 malam, Mesir): seorang penduduk syahid dan 1 lagi cedera dalam pengeboman terbaru, diantaranya kanak-kanak berhampiran kawasan perkuburan As-shuja'ieyah.

06.42 petang, Palestin/Mekah(05.42 petang, Mesir): Bot laju zionis melepaskan tembakan ke arah nelayah Gaza di persisiran laut Rafah.

06.35 petang, Palestin/Mekah(05.35 petang, Mesir): Zionis tembak 3 peluru meriam di Jabal Al-Mintar. Sebuah rumah turut terkena meriam di timur Gaza.

06.21 petang, Palestin/Mekah(05.21 petang, Mesir): SARAYA AL-QUDS lancarkan 3 mortar hawn ke lokasi zionis yang berada di sebelah timur Gaza.

06.17 petang, Palestin/Mekah(05.17 petang, Mesir): 3 serangan roket Palestin gugur di Askalan.

05.57 petang, Palestin/Mekah(04.57 petang, Mesir): Tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel di Mesir yang mendesak supaya hentikan serangan di Gaza.

05.12 petang, Palestin/Mekah(04.12 petang, Mesir): Pejuang mengebom lokasi tentera zionis yang berada di sekitar sempadan Gaza.

04.32 petang, Palestin(03.32 petang, Mesir): Seorang lagi penduduk Palestin syahid berikutan pengeboman zionis di utara Gaza.

02.34 petang Palestin(01.34 petang Mesir): Sebuah terowong bawah tanah yang digunakan untuk menyalurkan bahan bakar mengalami kebakaran besar selepas dibom pesawat zionis.

Sebahagian catatan yang diperolehi ini ada yang telah dimasukkan dalam berita penuh.

Sumber 08/04/2011, safa.ps

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS