AL-QASSAM tolak gencatan
09 April 2011
GAZA - Sayap tentera gerakan HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM menyatakan bahawa tidak boleh bercakap mengenai gencatan dengan rejim zionis ketika ia masih meneruskan serangan ke atas orang awam di Gaza.
Abu Ubaidah(serban merah), selaku jurucakap AL-QASSAM dalam sidang media pada 04.35 petang(waktu Mesir) hari ini, berkata, "Rejim zionis yang telah memulakan serangan dan melakukan kekejaman ke atas orang awam dan pejuang-pejuang, maka seperti biasa, AL-QASSAM memberikan serang balas."
Jurucakap AL-QASSAM turut menyatakan rejim zionis bertanggungjawab ke atas situasi yang berlaku di Semenanjung Gaza. Jelas Abu Ubaidah, AL-QASSAM akan membalas dengan tindakan yang dirasakan munasabah.
Beliau turut mengesahkan bahawa KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM tetap berada dijalannya, dan sesekali tidak akan menyerah.
Semenjak serangan sengit zionis dimulakan pada bulan Mac lalu, Abu Ubaidah menjelaskan, AL-QASSAM telah menyasarkan serangan ke atas lokasi-lokasi tentera zionis. Dalam masa 48 jam sejak serangan zionis terbaru, AL-QASSAM telah melancarkan 40 serangan peluru 'mortar' dan 28 serangan roket termasuk 'grad' ke arah kawasan-kawasan yang diduduki rejim zionis.
Sidang media yang diadakan ini setelah timbulnya berita dari beberapa pihak yang mengemukakan gencatan senjata(bertenang) yang seimbang antara tentera rejim zionis dengan sayap-sayap senjata Palestin di Gaza.
Sebelum itu, laporan pada jam 04.18 petang, jurucakap Kerajaan Palestin di Gaza, Taher Nunu telah memaklumkan tentang tawaran gencatan senjata. Lalu, AL-QASSAM memberikan reaksi di atas. Sumber 09/04/2011, berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan