Langkah cemas tahap pertama di Gaza
09 April 2011
GAZA - Berhubung langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan cemas tahap pertama dalam sektor kesihatannya.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya telah membatalkan cuti bagi pekerja malah langkah persediaan ditingkatkan dengan menyusun jadual kerja mengikut perancangan cemas. Berikutan itu, kementerian merayu kepada Yayasan dan Badan Kebajikan Kemanusiaan segera mengutuskan misi dan bantuan perubatan ke Gaza.
Krisis kesihatan
Menteri Kesihatan di Gaza, Basem Naim mengingatkan timbulnya krisis kesihatan ekoran serangan zionis yang tidak henti di Gaza. Sedemikian itu, sebahagian besar dari bekalan dan keperluan perubatan telah berkurangan.
Gambar(safa): Basem Naim, kiri dan kanan, Adham Abu Salmiah.
Sewaktu sidang media berlangsung di hospital As-Shifa' di bandar Gaza, Menteri Kesihatan menjelaskan bahawa hampir 300 jenis ubat telah kehabisan stok. Tambahan pula, sebahagian besar bekalan ubat-ubatan telah berkurangan. Berhubung masalah itu, beliau harap agar dibukakan sempadan sepanjang masa bagi membolehkan keperluan kesihatan di bawa masuk malah pesakit-pesakit yang kritikal dapat dipindahkan ke hospital-hospital Mesir.
Beliau berkata, kami menyebut di sini tentang serangan secara meluas ke atas setiap tempat di Gaza. Rejim zionis melakukan penyeksaan dengan membunuh orang awam yang hidup terasing(sekatan Gaza), tidak sampai 30 jam, seramai 17 orang awam telah syahid, manakala kecederaan yang berbagai-bagai kategori dihadapi lebih 60 mangsa.
Tambah beliau lagi, Kerajaan Palestin di Gaza mahu menjaga kebaikan umum Palestin, walaupun akhir-akhir ini banyak usaha dilakukan bagi menenangkan keadaan, namun rejim zionis tetap membunuh orang awam.
Jelas Menteri Kesihatan, serangan rejim zionis juga menyasarkan kereta ambulan sehinggakan dua krew penyelamat cedera, hal ini meskipun adanya penyelarasan kerjasama dengan kesemua Badan-badan Kemanusiaan antarabangsa. Sedemikian itu, serangan ini telah jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Mengenai persoalan Safa berhubung penggunaan senjata fosforus putih, Menteri itu mengesahkan bahawa pada perang lalu, kebanyakan dari saksi, pemerhati luar dan antarabangsa mengakui zionis menggunakan bom fosforus putih.
Dijelaskan lagi, bom-bom tersebut terlalu banyak digugurkan ketika perang akhir 2008-awal 2009.
Beliau turut memberi peringatan kepada zionis dari menggunakan senjata yang dilarang undang-undang antarabangsa untuk menyerang penduduk Palestin, sama ada kimia atau selainnya.
Pendirian Arab
Sebagaimana dijelaskan, kebanyakan pihak antarabangsa meminta pihak Palestin agar tenang dan menjaga keadaan itu walaupun setelah 30 jam zionis menyerang tanpa henti di Gaza, lantas dikecam Menteri Kesihatan Kerajaan Palestin Gaza dengan sikap diam antarabangsa.
Beliau menyatakan, rejim zionis mengambil peluang dengan revolusi yang menimpa ke atas Negara-negara Arab bagi mengiyakan kekejaman serta meningkatkan pembunuhan dan mengetatkan sekatan.
Basem Naim turut mendesak masyarakat antarabangsa supaya campurtangan segera bagi melindungi penduduk Palestin dari serangan zionis.
Beliau turut menghubungi secara langsung pihak-pihak antarabangsa malah turut mendapatkan pendirian Arab dari peringkat media dan politik, bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Gaza memahami keadaan sulit yang dilalui Mesir menyukarkan memutuskan pendirian. Sumber 09/04/2011, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan