Perang Israel ke atas Gaza mula meninggalkan kesan di kalangan individu terbabit di Israel. Sebelum ini, Tsipi Livni, bekas Menteri Luar Israel di antara ahli politik Israel yang disenaraikan terlibat dalam 'jenayah perang' ketika Israel menyerang Gaza pada 27 Disember 2008 turut menerima tekanan kerana adanya desakan bagi menangkapnya. Bagaimanapun, kenyataan rasmi Britain cuba menggubal undang-undang yang berkait jenayah perang tidak disabitkan ke atas Livni.
Berikutan hal yang sama, pada minggu lepas 5 pegawai tentera Israel telah membatalkan perjalanan mereka ke Britain kerana bimbang akan ditangkap atas pertuduhan 'jenayah perang' ke atas Gaza. Sumber 05/10/2010, berita al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan