Delegasi Eropah ke Gaza
15 Januari 2010
Menurut sumber, delegasi Eropah memasuki Gaza melalui sempadan Rafah, Mesir.
Dari pihak Mesir, jurucakap rasmi Kementerian Luar, Husam Zaki berkata, 'penyelarasan antara delegasi Eropah dengan Pemerintah Mesir telah disepakati'. Husam turut menafikan sebarang permasalahan yang wujud dengan delegasi tersebut.
Lawatan ini sebagaimana yang dinyatakan adalah bertujuan meneliti kesan perang Israel ke atas Gaza dan membebaskan Gaza dari sekatan Israel.
Di Gaza, delegasi Eropah akan bertemu dengan anggota-anggota Majlis Legislatif Palestin. Antaranya Dr.Ahmad Bahr, Speaker Majlis Legislatif Palestin yang menyambut ketibaan delegasi rasmi itu.
Dijadualkan, delegasi Eropah akan melawat kawasan dan infrastrukstur Kerajaan yang musnah teruk akibat serangan Israel ('operation cast lead', 27/12/2008-18/01/2009).
Sumber lain yang menukilkan kenyataan Gerald Koffman, Ketua Delegasi tersebut menegaskan bahawa ahli-ahli parlimen yang menyertai lawatan ini akan membuat tindakan susulan di Eropah bagi membebaskan Gaza dari sekatan Israel dengan menekan Kesatuan Eropah agar membuat ketetapan berikutan kesengsaraan 1.5 juta penduduk Palestin di Gaza yang terkepung dengan keadaan tidak berperikemanusian dalam tempoh hampir empat tahun. Sumber 15/01/2010, berita al-Jazeerah dan suratkhabar Misril-Youm
0 comments:
Catat Ulasan