Bertempur dengan tentera penjajah berhampiran Masjid Al-Aqsa
12 Mac 2010
Gambar: Seorang pemuda Palestin rebah akibat dipukul polis Israel berhampiran salah sebuah pintu masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa.
Berita yang dilaporkan memaklumkan bahawa Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mengarahkan tentera penjajah menutup Tebing Barat(kawalan ketat) selama 48 jam.
Ilyas Karram, wartawan al-Jazeerah dalam laporannya berkata, sejumlah besar tentera Israel dalam lingkungan 1,500 anggota tentera berkeliaran di dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa.
Seorang pengawal Masjid Al-Aqsa turut ditangkap ketika baru hendak memulakan tugasnya di Masjid Al-Aqsa. Selain itu, kedapatan seorang penduduk Palestin cedera akibat pukulan daripada tentera penjajah. Penjajah turut menangkap beberapa penduduk Palestin dalam satu pertempuran.
Sementara itu, Israel hanya membenarkan dalam lingkungan antara 700 hingga 1,000 jemaah Palestin solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa. Jelasnya, jumlah tersebut terlalu sedikit berbanding beberapa hari sebelum ini. Jika dihitung, 40,000 jemaah solat dapat memenuhi Masjid Al-Aqsa dan sekelilingnya.
Sebagaimana dinyatakan, pihak penjajah tidak membenarkan penduduk Palestin yang berumur 50 tahun ke bawah memasuki Al-Aqsa.
Sumber turut menyatakan, Israel mengenakan kawalan ketat sebegini sehingga hari selasa kerana bagi meraikan perasmian pembukaan sebuah gereja Yahudi di Kota Lama. Tambahan pula, pihak berkuasa Israel telah memberi kebenaran kepada sebuah kumpulan pelampau Yahudi mengadakan perayaan sempena hari pengenalan 'haikal' yang didakwa.
Tebing Barat dikawal ketat
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak telah memberikan arahan supaya menutup(perintah kawalan ketat) ke atas tanah-tanah Palestin sehingga malam sabtu.
laluan ke Masjid Al-Aqsa.
Jurucakap tentera Israel berkata, Barak memutuskan penutupan keseluruhan ke atas Tebing Barat selama 48 jam. Takilmat tersebut disampaikan kepadanya(jurucakap tentera) ketika diminta hadir ke pejabat Menteri Pertahanan itu.
Polis Israel khuatir dengan ketegangan yang bakal tercetus, bukan sahaja di bandar Al-Quds malah keseluruhan Tebing Barat. Jelas polis Israel bahawa pasukan-pasukan unit polis akan dikerah ke kawasan Al-Aqsa, Kota Lama, dan perumah terbesar di timur Al-Quds kerana sumber maklumat risikan mendapati penduduk Palestin akan mengadakan rusuhan, menurut pihak polis Israel. Sumber 12/03/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan