Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Israel tidak benar masuk bahan binaan ke Gaza

05 April 2010

GAZA - Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Kemasukan barang ke Gaza, Ir.Raed Futuh menafikan laporan yang menyatakan pihak Israel telah menyampaikan pendiriannya kepada Pihak Berkuasa Palestin serta jawatankuasanya berhubung kebenaran bagi kemasukan bahan-bahan binaan seperti simen ke Gaza.

Sekatan Israel ke atas Gaza telah memasuki lebih 1000 hari. (Gambar: Peta Semenanjung Gaza)

Kenyataan Futuh adalah rentetan dari laporan sebuah web berita Israel(ma'arev) yang menyebut Badan Keselamatan Israel telah membuat ketetapan bagi membenarkan kemasukan bahan-bahan binaan seperti simen, besi dan bahan mentah ke Gaza melalui sempadan(perlintasan) minggu ini.

Gaza yang diserang Israel dengan begitu dahsyat pada akhir 2008 memerlukan 3500 unit perumahan yang baru kerana jumlah rumah-rumah hancur musnah dalam pengeboman dan yang diroboh Israel ketika perang amat banyak.

Semenjak Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza pada 2007, bahan-bahan binaan tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Tekanan-tekanan

Gambar: Israel mengebom sebuah kawasan di Gaza semasa perang lalu

Berhubung kemasukan bahan binaan, Futuh menjelaskan bahawa kenyataan Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB dan laporan yang diterbitkan Ma'arev bahawa hampir sama. Kenyataan dan laporan tersebut menjelaskan Israel membenarkan kemasukan bahan-bahan binaan bagi menyempurknakan projek perumahan di bawah seliaan UNRWA di kawasan Khan Yunus, selatan Gaza. Bagaimanapun, semua ini tergantung semenjak sekatan bermula ke atas Gaza.

Menurut Futuh, Gaza memerlukan 3000 tan simen dalam sehari. Begitu juga dengan 200 ribu tan besi dan seumpamanya tetapi semua ini tidak dibenarkan masuk kecuali bahan-bahan lain yang amat sedikit sepanjang persepakatan gencatan senjata selama 6 bulan antara HAMAS dengan Israel pada tahun 2008.

_________________________________
Fakta: Persepakatan gencatan senjata di Gaza mula pada 19-06-2008 bertempoh selama enam bulan.

Antara syarat yang mesti dipatuhi, Israel perlu membuka sempadannya dengan Gaza dan membekalkan semula bekalan bahan bakar, bahan mentah dan seumpamanya ke Gaza. Malah, kedua-dua belah pihak(pejuang Palestin-Israel) tidak boleh menyerang antara satu sama lain selama gencatan ini berjalan.

Pada 27-12-2008, Israel menyerang Gaza.
_________________________________

Futuh berkata, pihaknya akan sentiasa menekan Israel sehingga sempadan-sempadan dapat beroperasi semula.

Tiada kepastian

Dari pihak lain, Penasihat Media bagi agensi UNRWA, Adnan Abu Hasnah berkata, laporan Ma'arev yang hampir dengan kenyataan Ban Ki Moon telah mengumumkan bahawa hampir untuk memasukkan bahan-bahan binaan ke Gaza.

Beliau menjelaskan kepada agensi berita bahawa UNRWA tidak pasti mengenai jadual kemasukan bahan-bahan binaan itu kerana sehingga hari ini Israel tidak memaklumkan bahawa pihaknya membenarkan kemasukan bahan binaan, bahkan beberapa projek UNRWA sendiri turut tergendala berikutan sekatan Israel.

Gambar: Ketenangan yang disusuli peperangan. Gaza rosak teruk

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Rakyat bagi mematahkan sekatan, Ir. Jamal Khadri berkata, simen-simen yang dijanjikan oleh UNRWA untuk dibawa masuk ke Gaza hanyalah merangkumi 150 unit perumahan di Khan Yunus.

Jelas beliau lagi, bahan-bahan yang dijanjikan UNRWA amat terhad. Sepatutnya, PBB mesti menekan Israel bagi melepaskan kemasukan bahan-bahan yang diperlukan Gaza.

Khadri juga memaklumkan bahawa pada masa akan datang akan wujud masalah bagi kemasukan bahan-bahan binaan tersebut kerana sempadan Karem Abu Salem tidak dibenarkan kemasukan bahan-bahan tersebut melainkan bahan-bahan yang bersifat tidak sepertimana bahan-bahan binaan.

Beliau menerangkan bahawa Gaza amat perlu kepada campur tangan dari kuasa Arab, Islam dan antarabangsa bagi menekan Israel agar bahan-bahan binaan dapat dibawa masuk ke Gaza untuk memperbaiki kerosakan akibat perang. Sumber 05/04/2010, web berita Al-Jazeerah

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS